..: Tip Untuk Memulakan Penyusuan Susu Ibu :..
Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula. Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin. Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama. Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan. Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu. Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk meny