..: Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik :..

lama da saya nak kongsi tentang penyusuan susu ibu..
saya memang nak sangat berkongsi maklumat tentang penyusuan susu ibu nie..
walaupun ilmu saya tidak ar sebanyak mana sebab saya pun masih lagi belajar, tapi mmg tetap bersemangat sangat bila bercerita tentang susu ibu nie..
biasanya di opis ar saya bercerita.. dan jgn terkejut ya... yg rajin dan tekun dengar citer saya nie opismate saya yg masih bujang tau iaitu cik apis n cik zana.. rasanya da cukup gak ilmu penyusuan diorang ader cuma nak mempraktikkan pada anak sendiri jek blum tiba masanya lagi.. so ari nie saya nak gak berkongsi sedikit info2 berkaitan penyusuan ibu nie dari masa ke semasa.. sharing is caring kan... hehehe

FAEDAH-FAEDAH SUSU IBU UNTUK BAYI
  • mengandungi bahan pencegah jangkitan (antibodi).
  • mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
  • mengelak dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan. (alhamdulillah ziqri xpernah kena cirit-birit)
  • mengurangkan risiko kepada alahan.
  • perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi). (saya mahu muhammad ziqri bijak)
  • kurang masalah pergigian dan ortodontik.
  • mengurangkan penyakit kencing manis pada kanak-kanak.
  • menggalakkan tumbesaran.
  • penghadaman yang mudah.
FAEDAH-FAEDAH PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK IBU
  • membantu mengecutkan rahim -mengurangkan pendarahan.
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. (ziqri sangat manja ngan saya)
  • mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
  • penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran.
  • menjimatkan masa dan wang. (berbaloi-baloi)
  • mudah dan tidak perlu persediaan. (selak jek baju trus dapat susu)
KEPENTINGAN PENYUSUAN AWAL DLM MASA 1JAM SELEPAS BERSALIN
  • untuk merangsang pengaliran susu yg cepat.
  • mengelakkan bengkak payudara.
  • pemberian susu awal (kolostrum) yg kaya dengan protein serta antibodi untuk menggelakkan bayi dari jangkitan.
  • mengelakkan pendarahan yg berlebihan selepas bersalin.
KEPENTINGAN PENYUSUAN SEPENUHNYA & MENGIKUT KEHENDAK BAYI
  • mengurangkan alahan.
  • menjaga kesihatan bayi dan ibu.
  • mengelakkan bengkak payudara.
  • mengeratkan kasih sayang.
  • memudahkan ibu menyusukan bayi.
  • mengekalkan penghasilan susu.
  • merangsang pengeluaran susu dengan cepat.
FAEDAH-FAEDAH KOLOSTRUM
  • kaya ANTIBODI - immunisasi pertama untuk bayi, melindungi bayi dari jangkitan dan alahan
  • kaya SEL DARAH PUTIH - melindungi dari jangkitan.
  • faktor perkembangan & pembesaran bayi HA,DHA,AA, SA - untuk perkembangan bayi yg sihat.
  • sejenis laksatif - mengeluarkan mikonium dan mencegah jaundis.
Tiada makanan dan minuman serta puting selain daripada susu ibu dalam 6 bulan yang pertama.


sumber : broucher KPJ healthcare

1 comment:

Arissa Zoela said...

good info..nnt akak share yer....