Anda hamil? Alami morning sickness? Apa yang anda perlukan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 




alhamdulillah.. tetengahari nie rasa ngantuk.. almaklumlah baru jek mengisi perut dengan beraneka lauk-pauk.. sorang bwk satu jenis lauk, makan ramai² di pantry.. pehhh kenyang btul.. seb baik saya amalkan lecithin (vitamin utk bf mom yg nak slim hehehe).. lps meratah lauk-pauk yg sedap tue, cecepat telan 3bj lecithin.. hehehe

morning sickness biasa dialami oleh kebanyakkan wanita yang sedang hamil semasa di awal trimester pertama.. kekadang bwk ke trimester kedua gak.. saya juga tidak terkecuali mengalami morning sickness masa mengandungkan anak pertama dulu (baru sorang anak pun).. tiap pagi smpai opis mesti trus lepak di bilik fail.. tdo smpai lebih kurang kul 8.30 - 9 baru bangun wat keje.. smpai usia kandungan masuk 4 gak baru hilang tabiat 'buruk' tue.. 
so ape yang kiter bleh amik utk membantu mengurangkan morning sickness nie.. hehehe Shaklee bantu anda.. anda bleh amalkan ostematrix dan b complex shaklee.. dua jenis vitamin nie ada dalam set ibu hamil yang kami sediakan..

kenapa b complex dan ostematrix dapat membantu anda?

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Tahukah anda Ostematrix boleh mengurangkan migrain a.k.a pening-pening? 
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


B Complex


Kerana B Complex Shaklee lengkap dengan vitamin B 6.Vitamin B 6 merupakan salah satu daripada lapan vitamin B. Kesemua lapan  Vitamin B memainkan peranan penting dalam membantu tubuh manusia untuk menukar makanan, terutamanya lemak dan protein kepada tenaga. Ia juga perlu untuk kulit yang sihat, rambut dan mata, dan sangat penting untuk fungsi hati dan sistem saraf. Tubuh juga memerlukan vitamin B6 untuk membuat hemoglobin, molekul dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke sel-sel badan.

B6 juga telah digunakan sejak tahun 1940-an untuk mengelakkan morning sickness. Ramai wanita mendapati bahawa mengambil B6 tambahan semasa bulan-bulan awal kehamilan sangat mengurangkan morning sickness. Beberapa kajian mendapati B6 ia adalah rawatan berkesan untuk loya. 

anda bleh dapatkan b complex dan ostematrix ini dalam set ibu hamil yang kami sediakan.. ape yang akan anda peroleh dalam set ini..

SET J-1 (Trimester I )
  • Vita-Lea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix

SET J-2 ( Trimester II dan III)
  • Vita-Lea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • Omega Guard
add on ESP untuk sumber protein
Lain² info bleh klik sini ~ Set J ( ibu hamil )


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

SMS/ WhatsApp :             012 711 1260      
Facebook Fanpage  : Nur Salwa E-Shoppe

Yakin dan Konsisten.. InsyaAllah anda boleh

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 




Email saya jika anda ingin mengetahui promosi terbaru dari saya (^_^)

selamat tengahari semua..

akhir² nie agak kurang mengupdate blog.. huhuhu da hujung tahun nie kan.. keje agak lebih ckit dr biasa.. nak mengarang entry pun amik masa.. huhu.. tapi jika anda ingin membuat pesanan vitamin, semestinya ade masa saya untuk melayan pesanan anda.. selepas anda memilih vitamin apa yang anda mahu, anda wat bayaran dan insyaAllah saya akan poskan.. jap lagi nie pun saya nak kuar untuk poskan vitamin pada customer yang da wat bayaran semlm..

entry ringkas tengahari nie suka saya nak share cter tentang Pn.Ezzati.. pangkat adik² la.. sebaya adik saya ezzati nie tapi beliau dah punya anak bujang seorang.. hehe saya pun pernah share cter beliau sebelum nie di entry ini .. Ezzati salah seorang customer saya yang akan membuat ulang order vitamin mengikut masa yang betul.. ezzati amik fullpack set B.. untuk makluman, pembelian fullpack dapat digunakan sehingga 4-6 bulan.. 

ezzati dan anaknya yang nsem
Kami kerap gak bersms.. ibarat adik dan kakak, walaupun vitamin ezzati tahan sehingga 4-6 bulan, tapi masih tetap berhubung selalu.. selain bertanya khabar, ezzati gak akan orderkan vitamin untuk ibu serta kakaknya.. hehehe tq zati..

Sewaktu ezzati wat pesanan kali ketiga fullpack set B, mmg dalam rekod customer saya vitamin zati dah nak abis.. itu yang saya kata zati order kena pada masanya.. saya memberitahunya yang beliau sentiasa membuat ulang order kena jek ngan kira² saya.. hehehe so zati kata dia mmg amalkan vitamin secara konsisten.. sejak dari awal dia kenal vitamin Shaklee, mmg dia konsisten makan vitamin.. alhamdulillah..


Ingat lagi sewaktu zati menghubungi saya melalui mesej di facebook.. ezzati kongsikan cerita yang mengalami masalah susu kurang.. ezzati mencari sesuatu yang dapat membantu beliau dalam meneruskan perjuangan untuk menyusukan anaknya.. saya cadangkan kepada beliau set B dan ketika itu beliau membuat pesanan untuk set trial.. alhamdulillah mendapat kesan yang positif.. selang bape minggu ezzati membeli nutriferon pulak selepas mengadu yang anaknya kerap demam.. alhamdulillah... dan seterusnya membuat pesanan fullpack set sehingga lah sekarang ezzati masih konsisten makan vitamin set B..

tersenyum seketika bl kami berbual di telefon minggu lepas.. kami mengenang semula awal perkenalan (hehehe mcm orang bercinta pulakk).. ezzati mengadu susu utk diberi kepada anaknya xcukup.. tetapi dengan niat yang baik, yakin dan doa kepada Allah serta pengambilan vitamin yang konsisten, baru² nie ezzati bercerita yang beliau menyirap pokok bunga dengan stock ebmnya... gemuk² pokoknya bl disiram dengan susu ibu.. hehe anak ezzati dah berumur setahun sebulan dan tidak bape gemar minum ebm.. lagi suka menyusu direct dr ibunya.. sudahnya ebm yang expired dapatlah kat pokok².. hehehe

Set Menyusu dari vitamin Shaklee BUKAN untuk tambah susu yea.. tetapi membantu ibu² menghasilkan susu ibu dengan baik dan lancar.. vitamin shaklee membantu ibu² mendapatkan kesihatan yang baik secara xlangsung membantu ibu² dalam menghasilkan susu.. Walaupun sekarang ezzati bersama anak bujangnya 247, tetapi beliau masih tetap mengepam memandangkan beliau akan sambung belajar pada bila² masa.. Banyak ilmu penyusuan yang kami kongsi.. kekadang kami sama² g SGM.. hehehe 


Bagi yang mengambil Set Penyusuan Shaklee, ada TIGA PERKARA PENTING harus anda lakukan.

1.Minum 3 liter air masak sehari : air merupakan indicator yang sangat penting bagi mereka yang mengambil natural supplement kerana air membantu untuk mengatasi masalah healing crisis, sebagai contoh ibu mengalami pening kepala jika kurang air dalam badan.



2. Pam 3 jam sekali/ min 6 kali sehari : lagi kerap anda kosongkan breast lagi banyak susu boleh dihasilkan (supply on demand). Power pumping juga sangat membantu buat jika perlu.

Notes : Bagi yang mahu relaktasi, anda harus pam setiap 2 jam dengan kekerapan 8-12 kali sehari sebelum mendapat rhythem yang anda mahukan.



3. Niat IKHLAS, DOA dan TAWAKAL : mintaklah dengan Allah S.W.T kerana rezeki susu ibu itu datangnya dari Dia, Ikhlaskan hati untuk menyusukan anak bukan sebab ikut-ikutan atau ingin bersaing dengan kawan-kawan, dan seterusnya Tawakal..banyakkan berzikir sewaktu menyusukan dan mengepam. Sabar dengan usaha yang telah dilakukan jangan cepat mengalah bila hasil tidak seperti yang diharapkan.

Apakah kepentingan vitamin Shaklee dalam penyusuan?

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B ComplexSangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin CSangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) AlfalfaMerupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.    

Bagi yang berkemampuan, boleh menambah:Energizing Soy Protein (ESP)Ianya adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESp turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang.....kesan baik kepada baby berat badan mudah naik terutama pada 6 bulan pertama kelahiran. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi setanding dengan harga yang kita bayar :). Ibu dah amalkan hampir 10 tahun ESP ni memang sangat berpuashati.

Bagi yang mengalami kemerunduman susu, boleh cuba ESP agar penghasilan susu lebih efektif dan mula nampak peningkatan. Ibu akan minum ESP 3-5 kali sehari apabila susu merosot. Memang cepat rasa susu penuh. Itu yang ibu sentiasa pastikan ESP sentiasa ada di rumah. 

Ingin tahu set penyusuan maner yang sesuai dengan anda.. bleh klik SINI.. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

SMS/ WhatsApp :             012 711 1260      
Facebook Fanpage  : Nur Salwa E-Shoppe

Anda hamil? Vitamin yg sesuai untuk anda

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 




Salam semua.. 

kehamilan pastinya suatu berita gembira untuk kiter yg bergelas isteri.. dr mula disahkan hamil, dalam hati da terdetik untuk menjaga dan berikan yg terbaik untuk si kecil yg masih di dalam perut tue kan.. semua jenis vitamin yg kiter dengar dr kawan-kawan semua kiter nak cuba..

TAPI ingat yea.. tidak smua vitamin sesuai untuk anda yg sedang hamil.. mari saya share kan info yg saya dapat dr blog kak N



Vitamin yang perlu di ambil oleh ibu yang mengandung ialah

[a] protein
[b] multivitamin yang lengkap dengan zat besi
[c] b complex yang lengkap dengan folik asid
[d] vitamin c
[e] Kalsium
[f] Omega


Fungsi Vitamin 

Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :

[a] Protein : untuk membina sel. Sel terbina dari protein. tanpa protein, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.

[b] Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin. Pengambilan vitalea@multivitamin shaklee secara konsisten membantu menstabilkan bacaan HB darah ibu yang hamil.

[c] B complex : penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala

[d] Vitamin C : Pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi

[e] Kalsium : Pembinaan sel darah merah serta tulang bayi

[f] Omega : Membantu pembentukan sel otak. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke 4 kehamilan 



Vitamin yang diLARANG

Antara senarai vitamin Shaklee yang TIDAK BOLEH diambil ketika mengandung ialah antaranya :

[a] Vitamin E
[b] Alfalfa
[c] GLA
[d] Vivix
[e] CInch 

Kecuali atas saranan doktor sendiri..Vitamin² yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendag kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Pastikan anda mendapat konsultasi agar vitamin yang anda ambil dapar berfungsi secara optimum.

So, ibu² di luar sana yang sedang hamil, pastikan anda mengambil vitamin yang sesuai.. mungkin anda biasa mengambil vitamin e, untuk tempoh kehamilan, hentikan lah dulu yea.. Anda tetap nampak cantik walaupun sedang hamil.. hehe 

ingin mencuba Shaklee.. Jom lihat set ibu mengandung dr Ephoria Group



SET J-1 (Trimester I )
  • Vita-Lea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix

SET J-2 ( Trimester II dan III)
  • Vita-Lea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • Omega Guard
add on ESP untuk sumber protein



Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

SMS/ WhatsApp :             012 711 1260      
Facebook Fanpage  : Nur Salwa E-Shoppe



Tonik Anti Penuaan?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 




Petikan dari Utusan Malaysia pada 02/08/2010

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN


CUBA renungkan wajah ibu dan ayah yang semakin dimamah usia yang dilakari dengan garis-garis halus, terbayang pula bagaimana wajah kita pada usia mereka.

Usia yang melangkah tahun demi tahun bakal mengubah bentuk fizikal menyebabkan ramai yang sanggup berbelanja besar untuk 'mengekalkan keremajaan' masing-masing.

Ada yang menjalani pembedahan plastik yang dikatakan mampu mengembalikan penampilan fizikal seseorang.

Ada juga yang mengambil pelbagai makanan tambahan serta suntikan untuk mengekalkan keremajaan.

Apa yang perlu diketahui penuaan merupakan proses semulajadi sememangnya dijangka dan tidak siapa boleh menghalangnya daripada terus berlaku.

Meskipun penuaan satu proses semula jadi, mengapa manusia menjadi tua masih dilihat sebagai misteri kehidupan yang kompleks.

Ada beberapa teori mengapa manusia menjadi tua.

Pertama berkait dengan faktor genetik iaitu sesuatu yang sudah diprogramkan, misalnya berapa kali sel akan membiak dan menggantikan sel yang lama telah dikodkan dalam program genetik.

Contohnya sel yang diprogramkan untuk 60 tahun, apabila sampai usia 60 tahun, graf aktivitinya mula menurun.

Teori kedua pula apabila seseorang menjadi tua mungkin disebabkan kesan toksin di dalam persekitaran atau pemakanan.

Toksin yang terdapat secara semulajadi di dalam bentuk radikal atau ion bebas atau yang dihasilkan bahan kimia, contohnya rokok menyebabkan kematian sel lebih awal daripada kematian secara semulajadi.

Ini menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.

Bagaimanapun kajian sains mendapati proses penuaan boleh diperlahankan manakala penyakit yang berkaitan dengannya boleh dicegah.

Kajian saintifik mempunyai bukti yang kukuh menunjukkan bahan semulajadi yang terdapat dalam anggur yang dikenali sebagai resveratrol berupaya mengubah kesan negatif akibat pengambilan makanan dengan kalori tinggi dan meningkatkan jangka hayat pada tikus yang diuji.

Menggunakan hasil kajian berkenaan, sebuah syarikat yang membekalkan makanan kesihatan tambahan Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd, meneruskan kajian berkenaan bagi menjadikan resveratrol sebagai tonik anti penuaan yang sedang dalam proses permohonan paten.

Cabaran revolusi dalam menangani penuaan peringkat sel, Campuran Minuman Botanikal Vivix telah diperkenalkan buat kali pertama di negara ini oleh Shaklee.

Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Corporation Dr. Carsten R. Smidt berkata, pihaknya bangga dengan pencapaian inovasi Vivix.

"Pasukan kami telah melaburkan masa bagi mencipta dan menghasilkan campuran unik kandungan polifenol yang apabila ditambah dengan resveratrol telah menunjukkan hasil kajian makmal yang positif terhadap empat punca mekanisme penuaan sel," katanya.

Empat mekanisme berkenaan adalah melindungi dan membaiki DNA, menyelaras genetik, pengeluaran tenaga sel dan memperlahankan proses penuaan.

Cuba bayangkan, makanan tambahan anti-penuaan, hidangan Vivix lebih baik berbanding dengan kandungan resveratrol yang terdapat dalam produk anti penuaan biasa yang terdapat di persekitaran.

Kajian makmal menunjukkan kandungan Vivix didapati 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding dengan mekanisme utama resveratrol tunggal.

"Pada masa resveratrol menangani tiga hingga empat mekanisme penuaan, ini tidak berkesan dalam menangani pembentukan protein AGE yang meningkatkan integriti dan hayat sel," katanya.

Oleh sebab itu jelas Carsten, saintis mereka di Shaklee telah mengenalpasti dan mencipta campuran polifenol yang 10 kali lebih berkuasa berbanding hanya resveratrol dalam menangani empat mekanisme penuaan sel.

Pengguna boleh mengambil sekurang-kurangnya satu sudu teh Vivix sehari semasa sarapan atau makan tengahari.

Kandungan utama Vivix adalah anggur Muscadine, Elderberry, Polyganum cuspidatum dan lobak ungu. 


Tambahan:

Vivix sesuai untuk mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Peringatan: Vivix tidak boleh diambil oleh ibu yang mengandung dan menyusukan anak.



credit

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

SMS/ WhatsApp :             012 711 1260      
Facebook Fanpage  : Nur Salwa E-Shoppe



anak ada eczema.. meh ubatinya..


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  




salam dan selamat tengahari semua.. 

eczema.. atau biasa kiter panggil ruam kulit pada bayi. pastinya kiter risau n kesian bl anak kiter ader eczema nie kan.. puas sudah sapu pelbagai krim tapi masih xnampak baiknya.. apa kata saya cadangkan untuk anda mencuba Shaklee..

sebelum tue meh baca testimoni dari Pn. Iffa mengenai anak beliau yg sudah pulih dr eczema..

* klik picca utk lebih jelas

untuk ibu yang masih menyusukan anak, anda bleh amik set tripple M yang mengandungi set b basic penyusuan, esp dan ostematrix. 


untuk luaran bleh mandikan anak dengan basic H dan sapukan badannya dengan krim herbal blend Shaklee..



Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

SMS/ WhatsApp :             012 711 1260      
Facebook Fanpage  : Nur Salwa E-Shoppe

apa itu RELAKTASI?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  






salam semua.. dah lama saya x menghadap lappy di tengah malam.. apatah lagi menaip serangkap dua untuk entry blog.. hehe tapi mlm nie alang2 dan berjaga rasa nak kuarkan satu entry la.. saya nak share ckit info yg saya baca dr blog 'mommy' saya tentang relaktasi.. info nie sesuai untuk kawan-kawan yang sedang relaktasi atau mahu relaktasi..

Definisi relaktasi (relactation) menurut Dr. Jack Newman,
Relactation refers to restarting breastfeeding with the same baby after it has been stopped for some reason.
Sebab-sebab sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula, masalah kesihatan bayi, kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas sepeti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.

Usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi namun ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6 bulan.

Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:
  1. memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu;
  2. mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).
Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor:
Faktor #1 – Pengeluaran susu sebelum berhenti
Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi.
Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.
Faktor #2 – Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu?
Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu.
Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula.
Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.
Faktor 3# – Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu?
Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula.

Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja.
Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.
Faktor #4 – Kesediaan ibu.

Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh daripada ibu.
Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi.
Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi.
Bagaimana caranya?
1. Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu.
Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.
Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?
  1. Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur;
  2. Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising;
  3. Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra;
  4. Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan;
  5. Jika bayi menolak payudara ibu, jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi.
  6. Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.
Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu;
  1. bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.
  2. bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.
Paten 1. Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan. Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.
Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula.
Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu.
Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.
Paten 2. Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu, lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan.
Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu.
Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan.
Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu, jangan putus asa… tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.
2. Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.
Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu.
Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah.
Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi.
Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.
Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?
  • perah/pam dengan kerap
  • makan makanan berkhasiat dan seimbang
  • makan makanan penambah susu seperti Fenugreek
  • menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium)
  • kurangkan stress
  • berfikiran positif
Kesimpulan: Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.
Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answers by Jack Newman, M.D., and Teresa Pitman; kellymom.com, naturalchildbirth.org, idahopublichealth.com

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

SMS/ WhatsApp :             012 711 1260      
Facebook Fanpage  : Nur Salwa E-Shoppe