Kelebihan Surah Al Kauthar



kelebihan surah Al-Kauthar dan kaitan dalam penyusuan.

Al Kauthar bermaksud sungai di dalam syurga.. Airnya tidak berhenti mengalir, warnanya lebih putih dari susu, rasanya lebih manis dari madu cdan lebih wangi dari kasturi.. Masya Allah.

Banyak kelebihan surah Al Kauthar ini.. 

  • Surah ini surah paling pendek.. hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Mekah dan bermaksud sungai di syurga..
  • Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik..
  • Rasanya lebih manis daripada madu, warnyanya pula lebih outih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi..
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib..

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan :
  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T  makbulkan doa kita..
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, InsyaAllah hilang dahaga..
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata..
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah S.W.T  bagi ilham oada kita di mana letaknya sihir itu..
  • Jika membacanya 1000 kali rezeki kita akan bertambah..
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat..
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi..

Semasa menyusukan anak, amalkan surah Al Kauthar dan berdoa agar Allah kurniakan air susu kita seumpama air sungai Kauthar.

Seorang ibu ada menceritakan, selepas kelahiran bayinya, breastnya tidak membengkak.. lalu suaminya mengurut breast sambil membaca surah Al Kauthar, dengan izin Allah, susu ibu tersebut keluar mencurah-curah.. Masya Allah..

Dan ketika kiter berpuasa.. semasa hampir waktu Imsak, minum segelas air kosong dan baca surah Al Kauthar.. Niatkan supaya susu kita tidak berhenti dan sentiasa mengalir untuk anak kita.. Insya Allah...

Yang baik itu untuk dikongsi bersama... Wallahualam

kredit * hanaseman

__________________________________________________

Ingin mencuba vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya di honeywawa85@gmail.com atau sms 0127111260 untuk keterangan lanjut atau membuat pesanan. (^_^)

1 comment:

Zaidah said...

selalu amalkan ketika nak bf....