10 langkah menjadi ibu bapa terhebat


Bagaimana menjadi ibu bapa terhebat? Soalan ini selalu diutarakan oleh kebanyakan ibu bapa. Jawapannya sangat mudah, ‘jadilah orang bayang bahagia, anda pasti hebat’. Namun begitu, menurut Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj telah menggariskan beberapa tips yang boleh dikongsi untuk memenuhi pertanyaan tersebut.
Terdapat sepuluh perkara yang perlu anda berikan tumpuan untuk muncil bahagia, di mana kebanyakan itu akhirnya akan menjadikan kita sebagai ibu bapa terhebat.
Sayangi anak
Bunyinya mudah. Siapa yang tidak sayangkan anak? Hal semacam ini seolah-olah diketahui secara semula jadi Tidak semestinya begitu. Sebab realiti kehidupan, kita akan dapati ramai orang yang sanggup mensia-siakan anak mereka untuk mengejar sesuatu impian. Misalnya memburu kekayaan hingga perhatian terhadap anak-anak terabai. Sayangilah anak-anak anda dengan tulus, suci dan bersih, anda akan muncul sebagai ibu bapa terhebat.
Sayangi pasangan
Sentiasalah sedar hidup tidak lama dan tidak selamanya pasangan kita akan menjadi pasangan kita. Apabila tiba masanya sam ada dia pergi dulu atau kita pergi dulu. Kadang-kadang kita pergi serentak. Ajal tiada siapa yang dapat menduga. Oleh itu, sayangilah pasangan anda sementara kita masih berkongsi hidup. Hidup bukan terlalu lama untuk kita berlaku curang dan membohongi diri sendiri.
Sayangi ibu bapa
Bagaimana anda menyayangi mereka begitulah anda akan diperlakukan oleh anak-anak apabila telah tua kelak. Apa yang ditanam itulah yang akan dituai.Menyayangi ibu bapa bukti anda seorang yang bertanggungjawab dan prihatin. Anda mungkin kaya dan memiliki segala-galanya, tetapi jika ibu bapa anda di kampung hidup daif dan serba kekurangan anda bukanlah manusia hebat. Malah, anda mungkin tidak mencium bau syurga.
Sayangi rumah
Jika anda berasa lebih bahagia tatkala berada di rumah berbanding di luar, itu tandanya anda seorang yang bahagia. Sebaliknya, jika anda berasa ‘panas’ dan tidak betah di rumah anda seorang yang gelisah dan tidak tentu arah. ‘Rumahku Syurgaku’, pasti pemiliknya seorang yang hebat, tetapi jika ‘Rumahku Nerakaku’, pastinya pemiliknya seorang yang keparat.
Sayangi jiran
Jika jiran menyayangi anda, itu tandanya anda seorang yang baik dan boleh dipercayai. Andainya jiran-jiran tidak menyenangi anda, itu tandanya anda sangat teruk dan tidak hebat sama sekali.
Sayangi rakan
Bayangan rakan adalah bayangan diri kita. Siapa rakan kita itulah kita. Rakan adalah cermin diri yang boleh memberikan gambar sebenar siapakan kita dan bagaimanakah sikap kita. Jika anda disenangi oleh rakan-rakan yang baik, itu tandanya anda hebat dan sebaliknya jika anda hanya dihubungi rakan-rakan yang tidak okey, itu tandanya anda ko.
Sayangi kerjaya
Jika anda cemerlang dalam kerjaya, anda tentu seorang yang hebat. Sayangilah kerjaya anda sebab ia boleh menentukan penghormatan manusia terhadap anda. Dunia hari ini menjadikan pangkat dan wang sebagai ciri-ciri penghormatan. Meskipun pendapat ini tidak selalunya benar, kita perlu bersetuju kedudukan yang stabil dalam pekerjaan turut mempengaruhi pandangan orang terhadap anda. Bayangkan suatu hari kereta anda ditarik oleh syarikat kewangan kerana gagal membayar ansuran bulanan sebanyak tiga bulan berturut-turut, apakah pandangan orang lain terhadap anda masih sama?
Secara mitos kita boleh katakan harta bukanlah asas kebahagiaan, tetapi secara realiti, apatah lagi dalam dunia hari ini, kita terpaksa mengakui bahawa wang adalah eleman terpenting untuk membentuk kebahagiaan. Hampir-hampir manusia menjadi kufur akibat kemiskinan, membuktikan Islam tidak menolak kekayaan sebagai unsur peneguhan iman.
Sayangi ilmu
Ibu bapa yang cemerlang adalah ibu bapa yang sentiasa mendekatkan dirinya dengan ilmu. Ilmu yang membezakan manusia dengan haiwan. Anda mungkin cukup sifat tapi anda dibezakan oleh apa yang tersimpan dalam otak anda. Seorang yang pintar dan hebat sentiasa cuba memenuhkan benaknya dengan ilmu serta memiliki hati yang sedia untuk menerima nasihat.
Sayangi usia
Pada zaman kini jarang sekali orang mencecah usia 100 tahun. Umur manusia semakin pendek dan semakin pendek. Kita juga sudah tentu tidak terkecuali. Jika orang lain pada usia 70 membawa ke 80 telah sampai ke penghujung, kita juga mungkin begitu. Bahkan kita mungkin lebih mendahului. Jika begitu, mengapa kita hendak mensia-siakan usia yang masih berbaki ini? Untuk apa memenuhkan aktiviti hidup dengan dengki khianat, bergaduh, membina masalah dengan pasangan, menjalin hubungan-hubungan yang kita wajar dan sebagainya lagi?
Sayangi agama
Sayangi agama bermakna sayangi Allah s.w.t yang menjadikan segala-galanya. Menyayangi TUHAN amat bermakna hebat pengamalan agamanya. Orang yang hebat pengamalan agamanya pasti hebat dan luar biasa bagusnya.
Mungkin anda tidak mampu melakukan kesemuanya, makan tak usah tinggal semua. Lakukan perlahan-lahan dan berdikit-dikit mana-mana yang mampu dahulu. Lama-kelamaan semua sifat yang baik ini akan menjadi tabiat. Cabaran utama untuk menjadi ibu bapa terhebat ialah mampukah membuang tabiat-tabiat buruk. Selama mana anda menyayangi tabiat-tabiat buruk selama itulah anda terkurung oleh penjara ‘gagal’. Bebaskan diri anda

credit * idakamilia

No comments: