20 Perkara Perlu Tahu Tentang Penyusuan


Untuk semua ibu-ibu menyusu dan yang bakal menanti kelahiran cahaya mata.. entry ini untuk anda.. 20 Perkara Perlu Tahu Tentang Penyusuan ~ dari sumber majalah Pa&Ma ogos 2008.. kredit * kak cery


1. Penyusuan pertama seelok²nya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan untuk merangsang penghasilan dan pengeluaran.


2. Sebelum menyusukan bayi, ibu haruslan melembutkan payudara dengan meletakkan tuala hangat pada payudara


3. Susu badan mengandungi 87.5 peratus air.. Oleh itu, banyakkan minum air sekurang²nya enam hingga lapan gelas sehari ( minum sehari 2-3L yea.. plain water.. bukan air yg berwarna atau bergas)


4. Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu dihasilkan.. (konsep supply on demand.. umpama air dalam telaga .. takkan kering.. kalau duduk rumah boleh direct feeding.. tapi kalau keje.. kenalah kerap pam.. jangan tunggu breast bengkak baru nak pam ~ salah tue..)


5. Ibu yang menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar (sebab tue ibu² perlu lebih kalori dari biasa..dan makan lebih dari ibu² normal..tapi bukan kata boleh melantak yea.. the key is kerap..kerap mkn .. tapi sederhana)


6. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan makan apa saje makanan yg dimakan oleh ibunya.. Ibu harus mengawal pengambilan kafein, gula kerana ia mudah menyerap dalam tubuh


7. Ibu² digalakkan kerap menyusukan anak waktu malam kerana tahap prolaktin tinggi(boleh wat power pumping sekali sehari sebelum tidur)


8. Ibu hendaklah berhati² semasa mencuci payudara.. elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting


9. Mencuci payudara dengan air suam dalah terbaik


10. payudara yang penuh dan tidak diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa


11. Bayi yang minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibody yang berupaya melawan penyakit


12. Vitamin A, B complex, C dan Asid Folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi(ambil multivitamin dan supplemen yang tidak mengandungi pewarna atau perasa tambahan)


13. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula


14. Menyusukan bayi dengan susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dengan lebih cepat (enam bulan pertama..jangan rush nak diet..makan ikut keperluan..insyaAllah)


15. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi


16. Hormon oxytocin yang terkandung dalam susu ibu membantu mengecutkan rahim.


17. 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus


18. Menyusukan bayi dengan susu ibu mengurangkan risiko obesiti dikalangan kanak-kanak (bayi xobes..tapi montel dan montol dengan baby fat)


19. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak, karbohidrat dan protein yang tepat untuk bayi mengikut tahap umur mereka


20. Ibu yang menyusu tidak boleh mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor.


_________________________________________________________
Ingin mencuba vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya di honeywawa85@gmail.com atau sms 0127111260 untuk keterangan lanjut atau membuat pesanan. (^_^)


No comments: