BOVINE GELATINE SHAKLEE ~ HALAL??

Memandangkan ada segelintir pengguna yang agak ragu-ragu dengan isu halal atau tidak gelatin yang digunakan dalam produk Shaklee, saya terpanggil nak kongsikan status HALAL Shaklee agar kita semua boleh terus amalkan Vitamin Shaklee tanpa was-was lagi selepas ini. InsyaAllah!! 

Saya sangat bersetuju dengan kenyataan upline saya. Pengalaman 4 tahun di negara yang majoriti nya ialah non-muslim (Jepun), menjadikan kami sudah terbiasa untuk membelek segala ingredients setiap satu2 makanan, mahupun barangan seperti sarung tangan etc (some products were made from pig skin).

Walaupun dah pernah membeli makanan itu beratus kali, rasanya tak sah kalau tak perhatikan dulu bahan2nya sebelum masukkan dalam trolley. Tapi, sebab dah terbiasa, jadi tidaklah mengambil masa yang lama untuk belek semua ingredients tue. Perkataan penting yang mata saya alert selain encik b4b1 ialah "gelatine".

Artikel asal : GenkiMomma


Bila menggunakan supplements Shaklee, perkara pertama yang saya periksa pastilah status ke'halal'an nya. Bila dah ada, barulah rasa yakin untuk consume. Namun, sekali lagi hati saya terdetik, apabila terlihat yang kapsul CarotoMax (Vit-A), Vitamin E,Lecithin & OmegaGuard di buat daripada Bovine Gelatine. Hampir luruh juga jantung apabila ternampak perkataan "Bovine" di situ, kerana selama ini saya sangkakan ianya kapsul tumbuh-tumbuhan.

Lantas, saya terus hubungi my upline untuk kepastian. Alhamdulillah, dia yakinkan saya yang gelatin Shaklee adalah HALAL. Ibu & bapanya sendiri pernah pergi ke Shaklee U.S. untuk melihat sendiri bagaimana supplements Shaklee di hasilkan. Menurut mereka, memang diasingkan pembuatan untuk negara Islam & bukan Islam. Memang unik dan kagum. Syukur!

Untuk makluman pengguna Shaklee yang masih ragu-ragu akan ke'HALAL'an nya (seperti saya sebelum ini), di bawah ini saya sertakan Sijil Halal Shaklee...

* Untuk lihat sijil yang penuh, sila download di sini *


Ini pula bukti yang menunjukkan ISA ini diiktiraf oleh JAKIM...

Boleh baca dengan lebih lanjut di sini.

Lega tak? Hehehe. Yang pasti, saya sangat lega. Mudahlah untuk saya yakin kan pengguna Shaklee selepas ini. Kalau tidak, masakan Shaklee ada menganjurkan Pakej Umrah bersama Shaklee. Betul tak? Syukran! Syukran!

BTW, untuk rakan2 yang berada di negara selain Malaysia, sila rujuk pada Shaklee Distributor anda ya. Saya tidak pasti bagaimana pemprosesan di negara lain. Pernah juga saya buka Shaklee Japan, tapi produk yang tersenarai juga agak berbeza dengan di Malaysia. Maka, saya tidak pasti, status halal gelatin mereka.

Yang pasti, untuk pengguna Malaysia, segala produk telah dihasilkan di US, dan di bawa masuk ke Malaysia, dan produk ini telah diktiraf halal oleh Islamic Services of America (ISA).






Jadi lepas ni dah tak perlu ragu-ragu atau was-was lagi tentang status HALAL Shaklee ni ye kawan2! (^-^)

1 comment:

Anonymous said...

Tapi kenapa di botol tidak tertera logo halal @ perkataan halal itu sendri???