Kenal Pengasuh Anak Anda

Dilema bagi ibu bekerja dan tidak mempunyai pembantu rumah ialah mencari pengasuh yang sesuai dan boleh dipercayai untuk anak-anak.
Banyak perkara perlu diberi perhatian serius kerana anak-anak akan ditinggalkan seharian di bawah jagaan pengasuh. Faktor keselamatan adalah amat meruncing, selain soal kaedah asuhan, penjagaan dan kebersihan.

Berikut adalah tujuh panduan bagi mengenal pasti pengasuh anak anda tidak menjalankan tugasnya dengan baik.
  1. Apabila menghantar anak ke rumah pengasuh atau taska pada pagi hari, anak tidak memberikan reaksi gembira seperti senyum ketika disambut oleh pengasuhnya. Seorang pengasuh memang tidak boleh menggantikan tempat seorang ibu, namun bayi haruslah mempunyai kepercayaan serta mempunyai perasaan suka serta menyayangi pengasuhnya. Kemungkinan bayi anda dan pengasuh tidak mempunyai ‘ikatan kasih sayang’ ataupun pengasuh itu sendiri tidak menunjukkan kasih sayang serta keselesaan yang dimahukan oleh bayi. Dalam apa jua hubungan kemanusiaan, chemistry penting bagi mencapai keserasian.
  2. Pengasuh terlalu berahsia tentang apa yang dilakukan sepanjang hari bersama anak anda. Pengasuh yang baik, akan menceritakan perkara yang dia lakukan bersama anak anda, malah perkara baru seperti anak mula memanjat atau meminta makanan dijadikan topik perbualan mesra antara ibu bapa dan pengasuh. Sudah pasti sebagai ibu bapa kita sendiri tertanya-tanya apakah yang dilalui oleh anak sepanjang kita keluar ke tempat kerja. Katakanlah pengasuh anda itu tidak begitu fasih dalam bahasa anda (contohnya pembantu rumah dari Indonesia) ia masih bukan menjadi masalah untuk mengetahui apa yang berlaku di rumah, rumah pengasuh atau taska tentang apa yang berlaku.
  3. Anak anda mudah sangat terjatuh atau tersungkur, ini dapat dilihat menerusi kesan benjol di dahi atau apa sahaja yang nampak lain pada mata anda. Seorang pengasuh yang baik mesti sentiasa mengambil tahu tentang apa yang bayi lakukan dan pastikan persekitarannya selamat seterusnya mengelakkan sebarang kemalangan. Jika perkara seperti itu berlaku, kemungkinan anak anda dibiarkan bermain sendirian tanpa pengawasan pengasuh.
  4. Anda seringkali perasan bahawa arahan anda kepada pengasuh tidak diikuti. Sebagai contoh anda telah memberi nasihat kepada pengasuh bayi anda agar tidak memberikan air manis kepada anak, namun pengasuh bertindak seperti lebih tahu daripada anda.
  5. Jika anda mengupah pengasuh yang berulang-alik ke rumah anda, pastikan dia datang tepat pada masanya, jika dia sering kali lewat, carilah pengganti yang lebih komited dan memahami kehendak anda. Sikap lepas tangan dan punca kelewatan yang tidak boleh diterima akal bermakna pengasuh itu memang tidak bertanggungjawab dalam hal menjaga anak anda juga.
  6. Bayi anda sering kelihatan tidak terurus dan kotor. Jika perkara asas tentang kebersihan bayi tidak dapat ditangani oleh pengasuh bayi, maka sudah tentu dia tidak mampu memberikan keperluan lain seperti makan, minum, layanan dan sebagainya.
  7. Pengasuh bayi anda sering kali mereka cerita. Sebagai ibu bapa jangan sesekali bertolak ansur dengan pengasuh yang suka menipu, bercakap bohong, mencuri dalam apa jua cara sekalipun. Kepercayaan serta keyakinan antara ibu bapa dan pengasuh harus wujud demi mewujudkan hubungan yang baik antara bayi, pengasuh dan ibu bapa
Muhammad Ziqri saya hantar ke nursery.. Alhamdulillah masuk setahun dah kat nursery.. setakat ini, memang puas hati dengan perkhidmatan mereka.. Puji dengan kerja mereka dan tiada masalah dalam menguruskan bayi susu ibu.. Setiap pagi bl saya hantar ke nursery, mmg ceria jek muka.. bl saya jemput balik petang pun alhamdulillah ceria gak sepertimana pagi.. Terima kasih pada Kak yanti serta pengasuh² yg lain..



Ingin mencuba vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya di honeywawa85@gmail.com atau sms 0127111260 untuk keterangan lanjut atau membuat pesanan.  (^_^)

4 comments:

IEZA said...

Alhamdullilah...dapat pengasuh yg baik...,sewaktu saya keja dulu..pengasuh saya seorg yg pengotor..,bila balik keja saya ambik dia..bukan main comot lagi..kesian saya tengok dia..Sekrg saya tak keja..jaga anak la..sepenuh masa...

mamaqaireen said...

bs qaireen ok, cuma dia suka bg qaireen "mkn" tau.. qaireen baru 10bulan, mn boleh mkn kueh tiew goreng, nasi gorng dll! minggu lepas dia bagi qaireen mkn nasi + ikan goreng + kicap!!

mmg lah qaireen dh ada 8btg gigi, n dia pun mmg suka mkn..tp kalau ye pun, tunggulah umur dia 1 thn kan..

kesian dkt anak ku, mcm2 dh masuk perut dia..bs dia kata, tak sampai hati tgk qaireen. apa yg kita mkn dia pun nk mkn!

sabo ajelah....

nursalwa said...

eiza : puas hati jaga anak sendiri kan.. eiza bertuah dpt duk umah jaga anak.. ehmm salwa bekerja, kena ar anta anak ke nursery.. alhamdulillah dpt nursery yg ok..

nursalwa said...

dilla : pehhhh xagak² bs ko tue.. ko tegur dia x suh jgn bagi.. melampau ar siap bg kueh tiaw goreng smua bendalah bergoreng tue..