kenapa urine saya berwarna kuning??

semalam.. sampai jek saya kat opis.. baru jek letak beg belum sempat lagi menempatkan punggung di kerusi, opismate saya cik hafeezuaneeza memanggil saya dengan nada yg agak risau.. "nape erk.. pagi td apis buang air, air kencing berwarna kuning?" ohhhh itu yg merisaukan dia.. untuk makluman cik apis baru dua ari amik set D(skincare) Shaklee.. xder aper yg merisaukan pun kalau urine kiter berwarna kuning.. hehehe jom baca kat bawah nie..

“Urin saya warna kuning macam B-Complex”


Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.
Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.
Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.
Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

kredit kak hasmah
__________________________________________________________



Ingin mencuba vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya di honeywawa85@gmail.com atau sms 0127111260 untuk keterangan lanjut atau membuat pesanan.  (^_^)

1 comment:

IEZA said...

OOO ya ker...Sebelum ni saya tak tahu pun...