SGM 3 Johor Bahru : Normal Development of Breastfeed Baby & Overcoming Low Weight Gain

Tarikh : 19 Mac 2011
Tempat : Taman Setia Tropika 


antara nota yg sempat saya catat sebelum dikacau oleh anak bujang saya yg nsem tue..


berat bayi yang menyusukan :
  • 0-6 bulan : satu kali ganda naik dari berat lahir
  • 7-12 bulan : tiga kali ganda berat naik dari berat lahir  
penyebab penurunan berat badan bayi :
  • perkembangan bayi ~ anak dah pandai merangkak / berjalan , dah pandai main dll
  • kesihatan bayi ~ demam, selsema dll
  • selera makan bayi ~ nak menyusu kerap, nak makan kerap, bergantung apa yang dimakan
  • kekerapan penyusuan
  • corak penyusuan 
  • sessi penyusuan ~ tempoh masa anak menyusu dari sebelah breast ke sebelah yg lain
  • metabolisme bayi
  • background ibu dan ayah ~ kalau ibu ayah kecik, mungkin anak pun akan kecik gak
  • kesihatan ibu ~ pengambilan ubat disebabkan kesihatan ibu
cara menanggani :
  • bilangan kali makan & jenis makanan dimakan (makan dari sumber yg asli) ~ digalakkan ibu masak sendiri untuk anak
  • bagi bayi berumur 6-12bulan, menyusu dulu baru makan
  • pastikan anak menyusu dengan sebelah breast hingga habis baru tawarkan sebelah breast.
info lain yg dapat dicatit :
  • bayi berumur bawah satu tahun : susu ibu adalah makanan utama
  • bayi atas satu tahun : susu ibu adalah supplemen
  • ibu yang melahirkan bayi pra matang, kandungan susu ibu tersebut xsama dengan ibu yang melahirkan bayi normal. kandungan susu ibu sesuai dengan keadaan bayi tersebut. susu ibu bayi pra matang lebih berlemak.
  • hormon prolaktin di waktu malam lagi tinggi
  • period akan menggangu penghasilan susu - effect hormon

hehehe setakat itu saje nota yg sempat saya catit..



pengalaman saya :

berat muhammad ziqri mmg xberapa cantik sejak akhir2 nie.. bermula ketika masuk umur enam bulan (dah mula dengan solid food) .. memula tue memang saya dan suami risau.. lagi-lagi bila g chekck up bulanan di klinik kesihatan, nurse suruh kami top up ngan FM.. ohhhhhh itu saje ke penyelesaian dr kamu wahai nurse.. saya mintak pendapat dr kawan (pc), mereka kata itu normal.. asalkan anak saya sihat aktif xjadi masalah dan xperlu untuk saya risau.. saya gak xperlu untuk beri FM kepada anak.. belum tentu bila bg FM berat anak akan naik.. alhamdulillah sehingga sekarang ziqri masih menyusu dengan susu ibu disamping makan dengan makanan yg ibu dia masak.. walaupun xsesedap mana asalkan dari air tangan ibu dia, sedap ajeee. hehehe

saya pegang ngan ayat :  


saya tahu apa yg terbaik untuk anak saya!!!!


sesi gambo-gambo (^-^)



 para-para suami yg sudi meneman isteri.. terima kasih
picca di atas kredit to asheeq

picca di bawah kamera sendiri.. hehehe











Ingin mencuba vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya di honeywawa85@gmail.com atau sms 0127111260 untuk keterangan lanjut atau membuat pesanan.  (^_^)


2 comments:

teacher bonda said...

aiyak ziqri..lapar sgt eh smpai mkn marker pen?...:)

~ima~ said...

best nya...x dpt dtg ada hal blk kg...insyaAllah next time kita jumpa hee..