Susu Berkualiti vs Penyusuan Berkualiti

Susu ibu manusia kepada anak manusia adalah susu yang paling tinggi kualiti di dunia (sepertimana susu dugong untuk anak dugong, susu kucing untuk anak kucing, susu harimau untuk anak harimau). Ajaibnya susu ibu, walaupun si ibu mengalami kekurangan zat makanan, susu yang dihasilkan tetap yang terbaik dan tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana susu yang ada di dunia ini.
Walau sebagus manapun susu formula yang dicanangkan di media, susu ibu mempunyai komposisi yang lengkap, lebih dari apa yang ada dalam susu formula. Malah, susu ibu adalah ‘personalized’, ia mengikut keperluan bayi kepada ibu tersebut.
Susu berkualiti vs. penyusuan berkualiti?
Susu ibu = TINGGI KUALITI. Meskipun ibu menghidap AIDS, di negara2 dunia ketiga, ibu-ibu yang dijangkiti virus HIV tetap digalakkan menyusukan anak, kerana pemberian susu lain lebih berbahaya kepada bayi mereka.
Kualiti susu ibu memang tak boleh disangkal oleh sesiapa. Tapi bagaimana dengan penyusuan berkualiti?
Penyusuan berkualiti menentukan keberkesanan dalam satu-satu proses penyusuan ibu dari kala bayi dilahirkan hinggalah putus susu. Penyusuan berkualiti adalah tatacara penyusuan yang mengikut lunas2 penyusuan ibu yang sebenarnya. Apakah konsep penyusuan susu ibu? Antaranya ==>
  • Supply berkadar langsung dengan demand. Semakin banyak bayi menyusu/ibu mengepam, semakin banyak susu ibu dihasilkan
  • Kerap mengosongkan payudara, memberi stimulasi kepada kilang susu untuk memproses lebih banyak susu
  • Memberi bayi menghisap di payudara seawal 30 minit kelahiran (ramai ibu terlepas momen ini kerana menganggap mereka tiada susu – tanggapan yang salah. hisapan bayi itulah yang menggalakkan pengeluaran susu)
  • Makanan penggalak susu, pengurutan, segala macam jenis tips membanyakkan susu tidak bermakna sekiranya ibu mengabaikan hal2 menyusukan bayi/pam dengan kerap
  • Susu ibu yang diperah bukanlah ukuran jumlah susu yang dihasilkan
Penyusuan berkualiti juga adalah satu aktiviti sihat, yang menjaga kesihatan & kebajikan semua pihak – bayi, ibu, bapa & seluruh keluarga serta masyarakat. Seorang ibu menyusu:
  • Hendaklah sentiasa dalam keadaan sihat
  • Sentiasa dalam keadaan tenang, tidak stress, relax
  • Tidak mengeruhkan hubungan dengan sesiapa hanya kerana dia menyusu badan
  • Tetap aktif dan cerdas
  • Tidak mengalami sebarang masalah kerana penyusuan
  • Mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang
  • Menikmati kehidupan berumahtangga yang lebih baik dengan kehadiran cahaya mata
  • Lebih tabah menghadapi cabaran
  • Tetap cantik!
Namun, ramai ibu menyusu yang mengadu letih, lesu, serabai, stress, dan sebagainya. Kenapa ini biasa berlaku? Dari pemerhatian saya:
  • Ibu tidak menjaga pemakanan. Makan ikut sempat dan ikut sedap saja.
  • Ibu tidak menjaga waktu rehat. Jaga bayi memang susah nak rehat, tapi waktu2 free tak digunakan dengan baik.
  • Ibu kerap merungut dan mengeluh kerana penat menjaga bayi.
  • Ibu hanya suka makan makanan untuk memperbanyakkan susu daripada makanan seimbang.
  • Ibu hanya fokus kepada anak dan penyusuan, hingga melupakan kebajikan diri sendiri.
Ada yang berpendapat “Biarlah ibu susah, biarlah badan ibu sakit, biarlah rambut ibu gugur, biarlah gigi ibu goyang, asalkan anak mendapat yang terbaik”. Adakah itu satu tindakan yang bagus? Saya rasa tidak:
  • Ibu masih mempunyai suami, seorang isteri hendaklah sentiasa kelihatan cantik dan sihat untuk melayan suami.
  • Ibu bakal mempunyai ramai lagi anak untuk disusukan. Kalau dah full swing untuk anak yang ini, adik-adiknya nanti entah macamana la rupa ibunya.
  • Ibu perlu menguruskan rumahtangga. Kalau ibu dah exhausted, siapa nak uruskan hal2 lain?
Kerana itulah kami menyarankan ibu-ibu menyusu mengambil set breastfeeding Shaklee sebagai penyokong kepada penyusuan berkualiti. Sebab itu tak macam pil2 penambah susu/milk booster/membantu penyusuan yang lain, set breastfeeding Shaklee mengandungi 3 VITAMIN & MINERAL ASAS dan 1 MILK BOOSTER. Tak lain tak bukan ialah untuk memberikan ibu khasiat sepenuhnya, agar ibu:
  • Bebas dari stress
  • Sentiasa bertenaga
  • Sentiasa sihat wal afiat
  • Tidak mengalami masalah keguguran rambut, gigi tanggal, kulit kusam, muka pucat, dan sebagainya
  • Sentiasa aktif, cergas dan cerdas
  • Lebih berkeyakinan untuk terus menyusukan anak
  • Menikmati kehidupan yang lebih baik dan rehat yang berkualiti
  • Senang tidur
  • Lebih mudah menyelesaikan masalah
Bukankah dunia penyusuan lebih indah bila semua pihak mendapat manfaat darinya.
set breastfeeding shaklee
kredit * mommy lyna


Apakah kepentingan setiap vitamin ini sebenarnya?

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.  Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantumeningkatkan kelancaran proses perkumuhan danbagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. 

Shaklee tidak membanyakkan susu. ShakleeAlfalfa membantu penghasilan susu dengan lebih cepat namun ibu yang menyusu perlu tahu, untuk meningkatkan penghasilan susuibu...3 perkara utama ini iaitu perah dengan konsisten sehingga payudara benar2 kosong, minum 3 L air sehari (biar sedikit2 tetapi berterusan) dan doa yang berterusan.




Ingin mencuba vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya di honeywawa85@gmail.com atau sms 0127111260 untuk keterangan lanjut atau membuat pesanan. (^_^)

No comments: