Tips Asas Banyakkan Susu Ibu


Hari ni saya nak kongsikan tips asas untuk membanyakkan susu. Walaupun dah ambil supplement tapi masih ada yang mempunyai masalah susu kurang. Jadi, boleh cuba check sama ada asasnya dah dibuat ke belum ye. Mari kita muhasabah diri.
  1. Susukan bayi dengan kerap dan perah dengan konsisten
  2. Susu ibu terhasil berdasarkan konsep SUPPLY BY DEMAND. semakin banyak demand semakin banyak susu ibu yang terhasil. Jadi, semakin banyak kali bayi disusukan, otak mendapat signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan. Maka, insyaAllah susu pun bertambah banyak.
    Satu lagi, pastikan B sentiasa dikosongkan pada setiap kali sesi penyusuan/perahan. Walaupun bayi adalah pam yang terbaik di dunia tetapi kadang-kala bayi tidak minum sehingga kosong atau mungkin mengosongkan sebelah sahaja payudara, jadi ibu masih perlu mengepam keluar susu supaya otak dapat menerima signal yang betul. Susu yang diperah boleh dijadikan stok sekiranya berlaku kurang susu di suatu hari ini.
    Elakkan menunggu sehingga bengkak susu, baru perah. Hasilnya memang lumayan, namun untuk jangka masa panjang susu akan makin lama makin berkurangan. Tentunya ibu-ibu mahu menyusukan anak sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun, bukan?
    Untuk ibu yang bekerja, perah/pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Perah pada masa yang sama setiap hari supaya otak dapat menerima dan menghantar signal yang betul. ibu akan dapati pada masa yang sama setiap hari B akan penuh dengan susu dan sekiranya lewat pam akan mengalami bengkak susu.
  3. Minum banyak air
  4. Manusia perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memenuhi keperluan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Tetapi untuk ibu yang menyusu, air yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. ini kerana air yang keluar bukan sahaja melalui sistem perkumuhan tetapi juga dari penyusuan.
    Banyakkan, 3 liter sehari. boleh muntah air dibuatnya. sedikit tips untuk memastikan ibu minum air yang mencukupi. Sediakan bekas air yang besar iaitu 1 atau 1.5 liter sebagai indicator untuk memudahkan ibu tahu berapa banyak air yang telah diminum untuk sehari.Setiap kali lepas buang air atau menyusu, minum sekurang-kurangnya secawan air.
    Untuk mengelakkan ke tandas terlalu kerap, minum dengan sedikit tetapi kerap. ini memudahkan badan menyerap air dan meng’optimum’kan fungsi air dalam tubuh. minum juga air semasa sedang menyusu.
    Sediakan sebotol air masak di tepi katil. sekiranya ibu bangun malam, boleh la melegakan tekak sedikit.
    pengambilan vitamin juga menyebabkan darah pekat, oleh itu, air diperlukan untuk melarutkan vitamin ke seluruh tubuh.
  5. Doa
  6. Senjata utama orang Islam adalah doa. Walau pun telah pelbagai usaha yang dilakukan tetapi jika Allah kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu tidak datang. Jadi, janganlah sombong dengan Allah. Banyakkan berdoa, berzikir dan mengingati Allah.
    Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Lagi banyak kita berdoa, lagi suka Allah mendengarnya. Mintalah dengan Allah, kerana hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia.
    Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku[1326] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
    (Surah Al-Mu’min:60)
    Di dalam satu hadith qudsi, Allah SWt berfirman: “Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu di dalam hatinya maka Aku mengingati dia di dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)
kredit to* hanisamin.com 


__________________________________________________


Ingin mencuba vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya di honeywawa85@gmail.com atau sms 0127111260 untuk keterangan lanjut atau membuat pesanan. (^_^)

No comments: