harga murah, banyak khasiat ~ kenapa perlu diabaikan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

selamat petang kawan-kawan..

baru-baru nie, ade sorang customer berbangsa india call.. memang agak terkejut.. sebab selama nie melayan customer di kalangan ibu-ibu yg semestinya perempuan.. hehehe so bl dapat call dr seorang customer lelaki mmg tergamam jap.. encik nie nak order zinc complex.. itu saje.. encik nie mmg da biasa mkn zinc..

laa nie nak share ckit cter psl zinc yg diterangkan oleh kak N..

***********************************************


Ramai yang tidak tahu kewujudan supplement ini, namun bagi mereka yang mengalami rambut gugur, kekurangan sperma, wajah berjerawat, luka yang berterusan pastinya nutritionist akan menyarankan pengambilan zinc dalam diet makanan harian mereka.

Jika dahulu, sesiapa yang menjalani pembedahan pastinya akan dibekalkan dengan ikan haruan untuk mempercepatkan proses baik luka, namun sedarkah kita apakah fungsi ikan haruan sebenarnya? Ikan haruan didapati mengandungi zinc yang tinggi berbanding dengan ikan lain. Maka kaitannya adalah zinc sangat penting untuk menyembuhkan luka.

Zink ini merupakan mineral yang diperlukan oleh badan untuk pemuliharaan dan pertumbuhan sel badan manusia. Ianya mempunyai kaitan dengan 300 jenis enzim dalam badan untuk membantu dalam metabolisma protein, karbohidrat dan lemak. Ia merupakan mineral kedua penting selepas zat besi.

Kepentingan zink 


  1.  penting untuk sistem pertahanan badan- imune system
  2.  bertindak sebagai anti oksidan
  3. membantu penyerapan zat/mineral yang lain seperti magnesium, kalsium dan  beberapa garam mineral yang lain
  4.  mempercepatkan pembaikan tisu yang luka
  5.  membantu penghantaran oksigen dan pengambilan karbon dioksida dari tisu
  6.  membantu pertumbuhan tulang yang sihat
  7.  mengawal rasa,bau dan selera
  8.  terlibat secara langsung dengan sistem reproduktif manusia- kesuburan

Keperluan seharian ialah 15mg dan zink boleh didapati dalam kebanyakan makanan laut seperti kerang,tiram, daging merah, kekacang dan yogurt.

Kekurangan zinc jelas kelihatan jika ada warna tompok putih atas mana2 kuku di tangan mahupun di kaki selain itu tiada selera makan, pembesaran terbantut, rambut gugur, luka lambat sembuh,rambut berkelumumur, rabun malam, hilang deria rasa dan bau,kurang nafsu sex dan kekurangan volume air mani..banyak lagi sebenarnya.


hubungi saya di honeywawa85@gmail.com atau 012 711 1260 untuk pertanyaan dan pesanan.

No comments: