Kulit wajah yang sedang bermasalah memang merunsingkan. Nak pandang runsing, nak pegang runsing .. nak pakai mekap pun rasa macam terapung je segala foundation, bedak, blusher, eye shadow semua tu kat kulit. Bercapuk-capuk aje rupanya! RUNSING!
Sabar ye kawan-kawan, entry kali ni, saya kongsikan pula sedikit panduan untuk penjagaan kulit wajah yang bermasalah ni.
JERAWAT
Pertama, pastikan anda mencuci wajah 2 kali sehari dengan pencuci muka yang bersesuaian. Gunakan toner selepas mencuci muka. Toner berfungsi untuk menutup pori-pori kulit yang terbuka semasa kita mencuci muka tadi, menyegarkan dan lanjutan kepada proses pembersihan muka, iaitu menghilangkan sisa2 pencuci muka yang masih terlekat di wajah. Banyak minum air putih dan mengambil Vitamin C yang mencukupi. Gunakan masker jerawat untuk membantu merawat jerawat dan supaya jerawat cepat kering.JERAGAT/ BINTIK HITAM
Mematuhi asas penjagaan muka iaitu mencuci, menyegar dan melembap. Menggunakan krim siang/ malam yang bersesuaian. Amalkan penggunaan krim anti-aging.WHITEHEADS (BINTIK PUTIH)
Mematuhi asas penjagaan muka iaitu mencuci, menyegar dan melembap. Menggunakan krim untuk whiteheads Skrub muka dua kali seminggu.BLACKHEADS ( BINTIK HITAM)
Facial wajah sekurang-kurangnya seminggu sekali, lengkap dengan penggunaan masker dan skrub wajah yang bersesuaian. Boleh juga gunakan krim muka dengan fungsi whiteningPIGMENTASI
Pengambilan Vitamin C yang mencukupi (buah-buahan, sayur-sayuran, suplemen) Elakkan daripada kerap terdedah kepada cahaya matahariAKNE
Penjagaan kulit wajah yang konsisten Menggunakan produk yang bersesuaian untuk mengelak radang/ jerawat/ ruam Jika jerawat banyak, elak daripada guna skrubGARIS HALUS
Amalkan penggunaan krim/ masker anti-aging
credit * kak hadha
Nota : Untuk penjagaan dalaman wajah, boleh amalkan pengambilan vitamin B Complex, vitamin C dan Vitamin E. Ktiga-tiga vitamin ini kami pack dalam SET D (SKINCARE SET)
Ingin mencuba vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya di honeywawa85@gmail.com atau sms 0127111260 untuk keterangan lanjut atau membuat pesanan.(^_^)
Ingin mencuba vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya di honeywawa85@gmail.com atau sms 0127111260 untuk keterangan lanjut atau membuat pesanan.(^_^)
1 comment:
akak suka mmbeli tp malas mmakai huhu
Post a Comment