Atasi Susu Ibu Kurang Di Awal Kelahiran

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  






Saya sering berjumpa ibu-ibu baru yang menyatakan bahawa..
 “Dah buat macam2, dah makan macam2, dah berurut.. tapi susu masih kurang”
Bila saya bertanya kembali
“Berapa kerap kamu menyusukan bayi? Bagaimana kamu tahu susu ibu yang kamu hasilkan tak cukup?”
Jawapannya
“Macamana nak susukan kalau susu tak ada? Dari hari pertama tak keluar apa-apa. Hari ketiga baru ada sedikit. Mana cukup”

Ini adalah kesilapan terbesar seorang ibu yang berhasrat untuk menyusukan anaknya – tidak menimba ilmu penyusuan susu ibu sebelum mula menyusukan anak.
Apabila tidak mendapat ilmu yang sebenarnya, kita lebih senang membuat anggapan.
  • Anggap penyusuan adalah proses semulajadi yang amat mudah.
  • Anggap ibu ‘yang bertuah’ saja boleh menyusukan anaknya, iaitu yang anaknya lahir saja terus susu memancut-mancut macam air paip.
  • Anggap diri tiada susu kerana tiada susu yang mengalir keluar.
  • Anggap tidak boleh menyusukan kerana tiada susu dan bayi dah menangis lapar.
  • Anggap setiap tangisan bayi adalah kerana kelaparan.
Saya tidak salahkan ibu-ibu ini.. mungkin mereka tidak mendapat akses untuk mendapatkan maklumat yang sebenarnya tentang penyusuan.

Malah, biasanya bila kita cari maklumat tentang ‘cara membanyakkan susu’, kebanyakan petua yang diberi lebih kepada pemakanan untuk membanyakkan susu, urutan dan sebagainya; dan hampir tak ada (merujuk kepada petua2 tersebut) yang menyebut tentang:
  • Menyusukan bayi seawal setengah jam pertama kelahiran.
  • Susu awal atau kolostrum adalah susu yang paling berkhasiat dan diperlukan untuk membina antibodi si manja.
  • Kerapkan menyusu bayi untuk mendapatkan stimulasi atau rangsangan yang secukupnya.
  • Banyaknya susu dipengaruhi oleh keperluan bayi, oleh itu ibu perlu kerap menyusukan bayi dan mengepam bagi menghasilkan demand ini.
Secara tak langsung ia membuahkan salahtanggapan terhadap ibu-ibu baru yang kekurangan akses kepada maklumat yang betul (biasanya website2 pejuang susu ibu dan buku2 tentang penyusuan ibu).
  • Mula mengambil makanan penambah susu ibu sejak dari kehamilan dengan harapan dapat menyusukan anak kelak.
  • Menunggu payudara bengkak/rasa ada susu baru nak mula menyusukan bayi.
  • Memulakan episod ‘penyusuan ibu’ dengan mengambil milk booster dan mengurut tapi tidak menyusukan bayi dengan susu ibu.
susu ibu

Bercakap soal rezeki, ya memang benar, setiap orang ada rezeki masing2. Mungkin ada ibu yang rezeki susu anaknya dari ibu yang lain. Mungkin ada juga ibu yang rezeki susu anaknya dari makhluk Allah yang lain… namun sebagaimana kita boleh belajar dan berusaha untuk mendapatkan kecemerlangan semasa di sekolah, atau di universiti, atau di tempat kerja, pasti ada jalan penyelesaian dalam memberikan bayi kita susu ibu, susu yang terbaik.

Walau bagaimanapun, ini adalah cabaran kepada ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, dan mengakui diri sebagai penggiat susu ibu, untuk menyampaikan pengetahuan tentang penyusuan susu ibu terhadap ibu2 ini. Pandanglah mereka dengan empati, bukan niat mereka untuk ‘salah anggap’ terhadap konsep penyusuan, mungkin kerana penggiat susu ibu tak cukup banyak buat kerja?

credit *mommylyna



Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

SMS/ WhatsApp : 012 711 1260
Facebook Fanpage  : Nur Salwa E-Shoppe

2 comments:

Isteri @ Ibu Cute said...

Salam...

Nasib baik...susu banyak..tiga2 semua susu banyak...Rezeki diaorang..

armouris said...

lagi info tentang penyusuan bayi di SIHAT SELALU - Masalah Penyusuan Bayi