Kenapa Susu Saya Makin Sikit Selepas Makan Vitamin?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  






Tidak dinafikan tindakbalas badan terhadap pengambilan vitamin adalah berbeza bergantung kepada tahap kesihatan seseorang individu. Jadi janganlah anda terlalu runsing bila perubahan yang anda alami tidak sama seperti yang kawan anda alami yer.
Ada setengah orang dapat lihat perubahan positif seawal sehari selepas pengambilan vitamin. Tak kurang juga ada yang mengambil masa berminggu-minggu, berbulan-bulan...yang penting kita perlu banyak bersabar, teruskan pengambilan vitamin seperti yang disarankan mengikut jadual. InsyaAllah, mungkin esok lusa nampaklah hasilnya. Makan vitamin bukan macam makan ubat. Makan je ubat terus baik sakit. Makan vitamin kena banyak sabar.
Makan vitamin ni ibarat menanam pokok. Hari ni kita tanam, mustahil lah esok dah tumbuh tinggi pokok tersebut kan. Namun, jika kita sentiasa siram, letak baja mengikut jadual, lama-lama pokok yang kita tanam tu InsyaAllah akan tumbuh dengan sihatnya.
Berbalik pada tajuk kenapa susu jadi makin sikit selepas makan vitamin. Masalah yang kadangkala berlaku di kalangan ibu-ibu yang mencuba Set B.
"Tolonglah saya, kawan bagi tahu tak boleh minum air banyak sangat nanti kecairan nutrien dalam badan secara langsung efek pada susu saya...tapi akak kata kena minum banyak air jika amik vitamin. Mana yang betul ni?"
Penyataan yang dikeluarkan oleh teman kepada yang menghantar email ini...

"tak boleh minum air banyak sangat nanti akan berlaku kecairan nutrien dalam badan "
Statement ini BETUL pada keadaan individu yang tidak mengambil APA-APA supplement.
Namun jika anda seorang pengamal supplement, badan anda memerlukan lebih banyak air dari kadar biasa...bermaksud lebih banyak air lebih baik agar vitamin tadi dapat disalurkan ke dalam tubuh secara menyeluruh dan lebih baik.

Ibu mendapat panggilan dari auntie Ina yang berada di Penang, beliau mengakui beliau mengamalkan minum air sebanyak 6 liter sehari kerana apa yang beliau belajar selama mengambil produk kesihatan H****L***, air perlu banyak supaya badan dapat me-nyah segala toksin dan vitamin dapat diserap dengan baik oleh tubuh. Beliau berkata ingin mencuba produk Shaklee kerana ingin mendapatkan kesihatan yang optimum.

Namun ini tidak bermaksud ibu meminta semua pengamal vitamin meng "consume" 6 liter air setiap hari, memadai lebih dari 2 liter adalah penyataan terbaik dapat ibu berikan.


Bagaimana saya nak tahu air cukup untuk badan saya setelah mengambil vitamin?

Indicator yang terbaik boleh kita lihat sama ada kita kurang air atau cukup air ialah dengan melihat warna urin. Jika terlalu kuning maka bermaksud terlalu kurang air. Memang betul pengambilan vitamin B complex akan membuatkan urin kita bewarna kuning namun itu juga sebagai satu tanda bahawa badan perlukan lebih air.

Mengapa selepas amik supplement susu saya berkurang?

Ianya boleh berlaku jika PENGAMBILAN AIR YANG KURANG dan tidak selari dengan vitamin intake.

Jika dahulu tanpa pengambilan vitamin mungkin boleh dapat sekali sesi ialah 4oz, suddenly lepas amik supplement, production per sesi ialah 2 oz....ini boleh berlaku kerana pengambilan vitamin akan membuatkan darah kita lebih pekat. Maka jika sebelum ini si ibu dapat 4 oz namun jika diperhati betul2, susu itu adalah sedikit cair berbanding dengan 2 oz selepas amik vitamin dan ianya kelihatan SANGAT PEKAT.

Ini bermakna si ibu perlukan lebih air untuk memastikan susunya lebih banyak.
Sangat penting pengambilan air yang banyak untuk memastikan badan kita sihat dan dapat menyerap segala vitamin yang diambil dengan baik.

Tanda kekurangan air antara lain ialah:

1. Kerap sakit kepala.
2. Muka berjerawat.
3. Senang moody dan susah hati.
4. Badan senang sakit2.

Semoga entry ini membantu ibu2 yang mengambil supplement memastikan pengambilan air yang mencukupi demi kesihatan diri dan keluarga tersayang.



 Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

SMS/ WhatsApp : 012 711 1260
Facebook Fanpage  : Nur Salwa E-Shoppe

No comments: