Kenapa kita perlukan vitamin ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 




Kadang-kala kita rasa dah cukup ambil pemakanan yang sihat dan berkhasiat tanpa sedar sebenarnya dalam proses makanan, banyak juga makanan yang hilang nutrientnya. Hari ni nak kongsikan ilmu dari Mazni, antara sebab-sebab kita perlu ambil makanan tambahan.
Penghadaman makanan yang tidak sempurna
Ini boleh terjadi bila anda tidak mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dengan kadar yang agak cepat. Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda. Orang yang memakai gigi palsu harus lebih berhati-hati dengan situasi begini.Sebab tu kena kunyah makanan 44 kali supaya lebih mudah hadam happy
Pemakanan dan peminuman
Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi, teh, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda. Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.
Pengambilan alkohol
Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pankreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxin, asid folik, vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.
Merokok 
Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok dikatakan bersamaan dengan 30mg vitamin C.
Pengambilan julap 
Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat – waktu transit untuk penyerapan berkurangan. Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin A dan E.
Proses pemasakan 
Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin-vitamin B kompleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radiasi yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.
Makanan yang diproses 
Penyejukbekuan makanan yang mengandungi vitamin E mengurangkan kandungannya bila ia dikeluarkan dari freezer.
Pengambilan antibiotik 
Antibiotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik di dalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.
Sakit 
Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang patah memerlukan kalsium, vitamin D dan C yang lebih banyak.
Tekanan 
Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).
PMT (Pre-Menstrual Syndrome) 
Tanda-tanda seperti sakit kepala dan sebagainya semasa datang haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin B.
Mengandung 
Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Anda perlukan lebih vitamin B (termasuk asid folik), A, D, E dan mineral-mineral kalsium, zat besi, magnesium, zink dam phosporus.
Kurang pendedahan pada cahaya matahari Golongan ini kekurangan vitamin D yang penting dalam metabolisma kalsium.

credit : hanisamin


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

SMS/ WhatsApp : 012 711 1260
Facebook Fanpage  : Nur Salwa E-Shoppe

No comments: