saya juga mengalaminya ~ terluka

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 




terluka
kerana siapa?
kerana jejaka nsem di bawah ini.. huhuhu

IMG01441-20110528-1918.jpg

sebelum nie saya hanya baca cerita² dr bf mommies yg lain 
mmg seriau bl baca cter pengalaman mereka pasal kerenah anak yg dah pandai 'menggigit'
la nie.. skang turn saya plak merasa pengalaman digigit dan terluka nie..
muhammad ziqri dah berumur setahun dua bulan  
dengan lapan batang gigi : empat atas empat bawah
mmg sudah pandai sangat mengigit
hampir seminggu gak nipple saya terluka

memula tue saya ke Fabulous Mom beli krim medela utk disapu di tempat luka
tiga ari gak menyapu krim tapi masih luka gak
sakitnya tue xbleh nak cter la
lagi² masa nak menyusukan ziqri
nipple belah kanan mmg luka kritikal huhuhu
saya mmg df ziqri B kiri jek
belah kanan saya pam
huhuhuhuhu 
masa mengepam pun mengalir² airmata menahan sakit

kemudian saya dapat nasihat dr PC kak zulhaya supaya g klinik memandangkan luka saya dah lebih tiga hari
saya ikut saranan, g la klinik jupe doktor
doktor kata penyebab luka tue terjadi ialah lekapan semasa menyusukan
mmg yg ini saya akui
anak da besar, lincah plak tue
mmg menyusu xmengikut standard posisi penyusuan, xikut protokol langsung hehehe
ikut selesa dia jek nak pusing² 90, 180, 360 darjah
hehehe
doktor bagi antibiotik n ubat bengkak

kebetulan pula, kak hadha pun mengalami luka yg sama
so dia bagi petua


saya ikut petua kak hadha
alhamdulillah
dalam masa dua hari saje saya menyapu vitamin E shaklee di tempat luka
luka tue sudah kering sepenuhnya
selain menyapu vitamin E ditempat luka, saya ikut tips lain yg kak hadha cadangkan
nutriferon tue pun saya minum hari² smpai luka tue kering

saya pasti kalau saya wat tips nie dari awal, mesti sakit akibat luka nie kurang dari seminggu
jom tengok aper fungsi vitamin shaklee dalam menyembuhkan luka nipple saya ini..

Vit E - menyokong dan mempercepatkan proses baikpulih otot. sebab tu vit E nih sangat sesuai utk merawat masalah jerawat.

ESP - Protein dari soya penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.

Vit C - Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan serta merawat luka2 kecil.

Zinc - berperanan membina jalinan antara sel ibarat benang untuk penyembuhan luka dengan cara menyambungkan sel dan tisu kulit yang koyak/luka atau kulit yang melecet.

Nutriferon - berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster.



Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

SMS/ WhatsApp : 012 711 1260
Facebook Fanpage  : Nur Salwa E-Shoppe

No comments: