Susu Ibu Cair??

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  





Pendapat mengatakan susu perahan yang cair merupakan petanda susu semakin berkurangan adalah TIDAK BENAR sama sekali. Hakikatnya, susu ibu tidak sama dengan susu formula. Susu ibu memang kelihatan agak cair. Namun, tidak bermakna susu yang cair itu tidak baik. Sebenarnya, ia cukup SEMPURNA.

JIka mengepam payudara untuk tempoh yang lama berbanding biasa atau dilanjutkan dengan sessi penyusuan, susu yang diperah itu kelihatan lebih pekat. Sepanjang sessi penyusuan atau pengepaman berlangsung, susu akan sedikit demi sedikit berunah daripada foremilk (kelihatan cair) kepada hindmilk (lebih berlemak). 

Salah satu keunikan susu ibu yang mungkin tidak diketahui ramai adalah ia berubah mengikut cuaca. Sekiranya hari panas, susu yang dihasilkan lebih cair daripada biasa supaya bayi mendapatkan lebih banyak air. Jika cuaca sejuk pula, susu menjadi lebih pekat dan berlemak berbanding biasa. Malah, jika meninggalkan susu perahan di dalam bekas buat seketika, didapati dua lapisan terbentuk iaitu berlemak (hindmilk) dan cair (foremilk). Kandungan susu ibu adalah 88% air. Jadi, tidak hairanlah mengapa lapisan yang cair itu lebih banyak daripada pekat. Ini merupakan sebab utama mengapa bayi kurang daripada enam bulan tidak perlu diberikan sebarang tambahan air. Dia hanya perlu minum susu ibu semata-mata!

Sebagai panduan untuk memastikan bayi membesar dengan normal, purata pertambahan berat badan bagi bayi yang menyusu secara eksklusif dalam tempoh 0-4 bulan adalah 142g hingga 194g seminggu. Secara amnya, bayi yang menyusu susu ibu akan menggandakan berat badannya ketika lahir setelah mencecah 3 atau 4 bulan. Apabila mencecah 1 tahun, berat badannya adalah 2.5 atau 3 kali ganda berat ketika lahir. 

Kajian (Kent 2006) ke atas ibu dan bayi (1-6 bulan) yang mengamalkan penyusuan susu ibu di Australia mendapati : 

  • 28% bayi menyusu dari sebelah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • 14% bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • 58% bayi menyusu sama ada dari sebelah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • Kebanyakkan bayi bangun malam untuk menyusu sehingga 6 bulan.
  • Purata jumlah sesi penyusuan dalam sehari adalah 6-18 kali.
  • Jumlah susu yang diminum untuk setiap sesi penyusuan adalah dalam lingkungan 30-135 ml (1-4.6 oz)
  • Ibu yang menyusukan secara esklusif menghasilkan susu antara 500-1350 ml (17 oz – 44 oz sehari)
  • Pengambilan susu harian bayi yang menyusu susu ibu tidak berubah dan stablil dari 1 hingga 6 bulan
(Kesemua fakta yang disenaraikan dianggap normal untuk bayi yang menyusu badan).Ibu yang bekerja mungkin menghadapi masalah untuk mengepam dengan lebih efektif dan sukar mendapatkan milk ejection reflex.
  1. Faktor kurang masa atau tempat yang tidak sesuai serta terbuka menyebabkan ibu sukar bertenang ketika mengepam.
  2. Jika tidak berupaya mengumpul susu perahan yang mencukupi ketika bekerja, pam di waktu lain sebagai tambahan kepada sesi pengepaman yang dilakukan di waktu pejabat.
  3. Jangan sesekali mengenepikan sesi penyusuan terus kepada bayi.
  4. Kebanyakan ibu menyusukan mendapati lebih mudah untuk mengepam di waktu pagi ketika susu masih banyak.
  5. Pam sama ada sejam sebelum menyusukan bayi atau sejam selepas menyusukan bayi untuk sesi penyusuannya yang pertamaa untuk hari itu.
  6. Pilihan pengepaman lain yang boleh dicuba ialah pam terlebih dahulu kemudian terus susukan bayi atau pam sebelah payudara sambil menyusukan bayi menggunakan sebelam payu dara lagi (tandem nursing)
  7. Memerah menggunakan tangan (marmet) selepas sesi penyusuan turut membantu mengosongkan payu dara dengan lebih baik.
Dalam memastikan bekalan susu berkekalan, susukan bayi atau pam sekerap yang boleh. Apabila berada di rumah, susukan bayi dengan kerap di waktu malam. Semoga berjaya!


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

SMS/ WhatsApp :             012 711 1260      
Facebook Fanpage  : Nur Salwa E-Shoppe

No comments: