Omega Boleh Bantu Anda Slim

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


selamat tengahari.. 

anda semua da lunch.. saya sudah.. dan kebiasaannya lepas mkn mmg saya akan telan 3bj lecithin.. nak slim .. hehe lecithin antara supplemen yang sesuai untuk bf mom yang nak slim.. bkn la kata mkn lecithin bdn serta merta slim.. kena amik kira gak makanan yg di amik.. sekurang-kurangnya bl amik lecithin, bleh mkn dengan senang hati.. heheh bleh gitu? bg saya lecithin dapat memantainkan berat badan saya.. nak kata slim sgt tue tidak la.. sbb bab mkn mmg kira melantak jek ikut selera tekak.. sebab tue saya mmg memerlukan lecithin.. pengambilan set B + lecithin, insyaAllah membantu.. selain pengambilan air 3l sehari.. Air penting gak untuk sesiapa yg nak slim..

Omega Guard.. biasa diperkatakan supplemen yg sangat sesuai untuk kanak-kanak.. selain tue, omega di amik oleh mereka yang ade sakit berkaitan sendi, gout, kolestrol, tekanan darah dll.. tapi skang nie omega guard membantu untuk anda slim.. wahhh teruja kan.. selama nie bagi anak mkn omega.. lps nie berebut la ngan si anak.. si ibu pun nak telan omega gak.. 

jom kiter baca cter kak n  yg kurus dengan OMEGA GUARD


Ramai yang call tidak kurang yang email/ pm bertanya pasal Omega. Mungkin sebelum ini jarang saya menulis tentang Omega, tapi personally saya pastikan Omega memang sentiasa di rumah kerana ia adalah kegemaran anak-anak saya. Saya bekalkan suami saya Omega supaya ia membantu meningkatkan HDL dalam tubuh.
Seorang customer saya ini tidak menyusukan anak. So pada beliau Lecithin tak membantu seperti yang diharapkan. Saya suggestkan Omega ini kerana Omega juga bagus untuk rendahkan kolestrol dan bakar lemak.
Sebelum ini, masa berat dan bentuk badan saya berubah, saya memang fokus nak kurus dengan Lecithin selain Alfalfa sebab satu sebagai pembakar lemak dan satu yang perlu angkut keluar lemak iaitu serat.
Tapi selepas customer saya sorang ni fokus dengan Omega, saya sendiri baru mencuba dengan pengambilan seperti yang disarankan. Kata customer saya, bila makan Omega, memang tak rasa lapar. Hmm saya jadi teruja. Sebelum ini saya memang makan Omega tapi sebiji aje, sebab saya tak fokus untuk bakar lemak melalui Omega.
Saya cuba amalkan Omega 3 bj sehari as customer saya buat. Dia tak bf so Lecithin slow pada dia. Dia makan Omega 3 biji sehari pagi atau tengahari. Omega tak digalakan amik malam, kalau kurang air boleh buat kita demam.
Pengambilan perlukan alfalfa atau buah 2-3 potong sehari. Alfalfa hanya 1-2 biji sahaja. Banyak alfalfa akan perlu banyak air atau kita akan sembelit.
Herb Lax amik hujung minggu sahaja, iaitu sabtu malam ahad. Amik 4-5 biji. Kalau badan besar 5 bj. Bagus amik sebelum tidur sebab Herb Lax bertindak selama 6 jam dan kalau kurang air, perut memulas mcm nak terbalik. Saya pernah makan jam 9mlm, jam 3 pagi saya bangun ke toilet. So kalau nak makan waktu siang, pastikan 6 jam selepas itu kita di rumah.

Apa yang boleh saya kongsikan bila saya mula fokus dengan Omega....
Hari pertama saya amik 3 biji selepas lunch....sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm  memang pelik. Hari pertama lupa makan buah....so tak best ke toilet.
Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air.
Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang.
Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan.
Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated....kembung perut atau senak.
Bagi yang takut gemuk kerana air, saya sarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari.
Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi saya, saya tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega dan Lecithin. Bagi yang serius nak slim, sila dapatkan allfalfa dan herb lax untuk proses detox yang best!
Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplement semata-mata , kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang. 
InsyaALLAH dalam entry akan datang, saya sharekan senaman ringan 10 minit yang boleh kita amalkan untuk dapatkan bentuk badan yang menarik.

haaa nampakkan.. kak n kata, air itu penting.. so mcmaner.. nak try.. hehehe



Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

SMS/ WhatsApp : 012 711 1260

No comments: