Bengkak Susu atau Engorgement


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Selamat petang..

Teringat semasa berpantang anak pertama dulu.. emak selalu bising bila saya xmenyusukan anak dan xmengepam.. memula dulu mmg sedih la bl dengar mak bising.. mak beriya² suruh dan ingatkan saya supaya mengepam.. Pertama kali lalui pengalaman menyusukan anak n mengepam, mmg menyakitkan la.. sambil mengepam sambil menangis.. seb baik hasben ade temankan.. kekadang tue bl saya xtahan sgt, dia plak tolong pamkan dan saya pejam mata menahan sakit.. hehehe bl dapat hasil dalam 1.5oz - 2 oz.. wah sukanya.. gelak² laki bini.. hehehe

Awal² kelahiran dulu, mmg saya kosong xde langsung info psl penyusuan.. sbb tue bl mak suruh mengepam, saya menangis.. Tapi ape yg mak suruh tue ade kabaikannya.. Mak xnak breast saya bengkak yang bleh wat smpai saya demam t***k.. ayat mak la.. Yea sejak dr masa berpantang sampai la saya berjaya menyusukan ziqri sehingga dua tahun (Alhamdulilllah) masih blum berkesempatan wat entry PHD, saya xpernah kena n rasa bengkak susu yg keterlaluan seperti yg kawan-kawan saya alami ketika berpantang.. setakat bengkak sbb lambat mengepam tue ade lah.. Terima kasih emak..


Apa sebenarnya breast engorgement?

Bengkak susu atau engorgement berlaku biasanya pada tempoh awal selepas bersalin kerana susu dihasilkan dengan banyak sekali. Susu ini tersimpan dalam tisu disekeliling salur susu sehingga menyebabkannya membesar lebih daripada kapasiti selesa.

Dalam keadaan yang terlampau, kadang-kadang ibu-ibu yang mengalami bengkak susu merasakan payudaranya seperti mahu pecah. Jika disentuh pun mungkin menyebabkan amarah yang amat. Hati-hati ya dengan ibu yang mengalami masalah engorgement ni. Silap langkah buruk padahnya.
image : http://www.pdrhealth.com/images/CareNotes/193630.jpg
Sebab terjadi nya bengkak susu / engorgement :

1. Masalah pengurusan penyusuan yang tak teratur especially bila baby ter miss feeding time dia. Kadang-kadang baby tertidur lama atau kita as mother termiss waktu pump session (untuk ibu yang pumping ) . Macam kes aku, waktu Hanum kecil dalam 1-3 bulan, selalu aku mengalami engorgement ni. Sebab nya, adakala diorang tido terlebih lama dan bila dikejut tak nak bangun-bangun. Aku pula time tuh memang takde langsung pump . So memang terasa sakit ya amat.

2. In between kita nak wean anak kita. Ni kalau sudah sampai masa kita rasa kita perlu wean anak la atas sebab-sebab kesihatan, umur anak dah makin meningkat atau sebab kita mengandung lagi . Time ni breast akan engorged kerana breast sedang melatih otak kita bagi adjust penghasilan susu.

3. Bila bagi baby breastfeed milk, kita juga bagi formula milk. Itu juga antara punca kenapa bengkak susu sebab baby miss feeding time susu ibu nya.

4. Baby tak latch-on (perlekapan) dengan betul. Yang menyebabkan masalah perkara 5.

5. Poor suckling. Disebabkan perkara no 4 tu, baby tak dapat hisap dengan elok. Dan menyebabkan masalah no 6. Hisapan yang lemah oleh bayi akan menyebabkan tidak banyak susu dapat dihisap keluar.  Baby pula  kemudiannya tak mendapat cukup susu untuk setiap feeding. Seterusnya bolleh jadi punya anak kurang berat, tapi perkara ini kita akan kupas dimasa lain.

Next,

6. Breast is not emptied properly. Payudara kita ni kena dikosongkan dengan sekosong-kosongnya supaya tak ada susu terkumpul. Kalau tak , disebab tu kita dah menyusu pun masih boleh engorge. Boleh berlaku juga akibat perkara 4 dan 5.

Jadi lihatlah, semuanya berkait-kait.

Apa nak buat kalau bengkak susu :

Secara umum, jika dah berlaku bengkak susu kita pasti akan cuba nak kosongkan payudara kita kan? Tapi engorgement akan menyebabkan bayi susah nak melekap (latch on). Bila dah susah nak latch, bagaimana mungkin boleh kita kosongkan payudara?

Maka, kalau dah jadi juga bengkak susu, cubalah tips-tips ini berikut:

1. Buat cold compress dulu kalau breast dah terlalu sakit. Cold compress atau tuam dengan ais adalah sebagai pain killer. Dah kurangkan sakit barulah boleh teruskan dengan step no.2.

2. Warm compress. Ambil kain dan basahkan dengan air suam. Tapi jangan air mengelegak pula. Nanti lain jadinya. Warm compress untuk nak lembutkan breast kita yang dah bengkak amat tu. sambil-sambil buat tuam dengan air suam tu, urutla payudara perlahan-lahan.

3. Beri anak menyusu atau pam susu keluar.

4. Kalau dah kronik juga, amik kobis ( satu dua layer kobis tuh ) dan letakkan kat breast kita dalam 5 – 10 minit. Tapi jangan lama-lama. Nanti susu terus kering pula. Insya allah, bengkak akan menyusut and kurang sakit.

Selain daripada itu, keep on feeding baby as often yang boleh untuk mengelakkan bengkak susu terjadi. Jangan cut down fluid intake sebab takut bengkak susu kerana ianya tidak ada kena mengena dengan sebab terjadi nya engorgement / bengkak susu.

Kalau tak diatasi breast engorgement ni, boleh jadi masalah lain, susu akan kurang, mungkin juga akan ada blocked duct, mastitis dan banyak lagi.

Good luck ye mothers semua!

Info :




Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

SMS/ WhatsApp : 012 711 1260
Facebook : Nur Salwa Ishak

No comments: