Posts

Showing posts from September, 2014

Bila Hamil Banyak Benda Yang Berubah

Image
Apa Yang Berubah? Bila mengandung atau hamil nie, mesti banyak benda yang berubah.. berubah dari segi fizikal itu sudah pasti.. Dah nama pun hamil, perubahan paling ketara pastinyalah tang perut..  Dari bulan ke bulan akan nampak perubahan itu.. kandungan saya kali ketiga nie, perut membesar bila memasuki trimester ketiga. Awal-awal hamil sampai dah masuk bulan ke enam hamil, saya masih boleh menyarung baju kurung ke pejabat. Ada yang tidak perasan pun saya sedang hamil. hihi Perubahan dari segi kulit.. saya alhamdulillah ok.. sesetengah orang kulit kelihatan gelap.. bila mengandung jek kulit dia akan jadi gelap. lagi-lagi di bahagian lipatan seperti leher, ketiak dan lain-lain tempat.. kulit di bahagian perut pun kerap kering dan gatal. bila digaru akan menjadi luka. Kulit gelap dan kering tue tidak kena kat saya, tapi kulit saya sensitif sangat ketika hamil bila kena gigitan nyamuk. bila kena gigit nyamuk jek mulalah tinggalkan kesan parut.. haaaaa itu jek masalah sa

B Complex Shaklee - Lengkap Dengan Semua Vitamin B

Image
anti- stress baik untuk kesihatan kulit - B for Beauty mengandungi asid folik yang baik untuk ibu mengandung lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan  menukar makanan kepada tenaga Perbezaan B Complex Shaklee Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah ubat preskripsi boleh mengurangkan bekalan vitamin B anda. Oleh yang demikian, vitamin B perlu dititik beratkan sebagai komponen asas dalam sesebuah diet yang seimbang. Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar ke boleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semula jadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik. B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan

Persediaan Berpantang Saya - Jamu atau Vitamin?

Image
Set Berpantang Shaklee.. Perlukan yang lain ke? alhamdulillah.. kandungan saya sekarang sudah 35minggu.. persediaan kelengkapan baby boleh kata sudah 90% siap.. bantal, tilam dan tambahan sarung tangan dan kaki baby jek belum lagi.  Kelengkapan diri saya pula, tiada apa yang nak disiapkan sangat.. hihi ringkas-ringkas jek memandangkan ini pengalaman kali ketiga saya bergelar "maktang".. jadinya ada benda yang boleh diguna semula, saya akan guna semula. Antaranya bengkung yang digunakan semasa dalam tempoh berpantang nanti, memang saya pakai yang lama punya tue jek. Saya antara pengguna bengkung cara lama ala-ala tradisional .. Bengkung kain 4 meter tue.. Korang dapat bayangkan tak..? Ada yang kata leceh tapi saya suka.. Badan lebih selesa.. Saya pernah gak beli bengkung yang lebih mudah dan ringkas tapi hasil pada badan kurang memuaskan.  Pilis, param dan lain-lain seangkatannya tue, biasanya mak yang sediakan.. Mak yang orderkan dari tukang urut. Tukang u

Vita-Lea Shaklee

Image
Vita-lea with Iron Formula Multivitamin pertama pada tahun 1915 tahun hadapan genap 100 tahun Multivitamin ini Kini dengan formulasi zat besi membantu mengekalkan kesihatan yang sempurna mengandungi beta karotena yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan, memelihara penglihatan dan menjanakan semula tisu membekalkan kalsium, fosforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi biotin dan asid pantotenik menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat vitamin B12 merangsang pembentukan sel-sel darah merah Perbezaan Vitalea @ Multivitamin Shaklee Vitalea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama di cipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan kepada "Vita-min" dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee .   Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengand

Ostematrix Shaklee

Image
Shaklee ada pil kalsium tak? ada..  ostematrix ini adalah kalsium..  membantu pengecutan otot dan saraf membantu mengurangkan period pain membekalkan kalsium yang dpt membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi mengurangkan masalah sembelit mengurangkan masalah kejang otot, kebas kaki tangan Perbezaan Ostematrix Shaklee Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapan adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu di ambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan. Manfaat Utama Ostematrix Shaklee Menguatkan tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem sa

Scan 4D Bayi Di Johor Bahru

Image
Skodeng baby? Baby siapa? pastinya baby kami lah.. Masa mengandungkan anak pertama iaitu Md.Ziqri dan anak kedua, Md.Muqri, takde pun kami sibuk-sibuk nak skodeng.. hihi scan masa check up bulanan kat Klinik Kesihatan aje..  Mengandung anak ketiga nie, teruja plak nak tau jantinanya.. pada firasat diri sendiri, macam girl.. dah dapat dua boy nak gak lah seorang girl wat teman ibu dia nie. hihi Seawal mengandung, memang ramai yang tegur, perut saya tak berapa nampak atau naik.. masuk lima bulan usia kandungan pun saya masih boleh sarung baju kurung.. hihi so firasat dari orang sekeliling juga mengatakan baby girl dalam kandungan saya nie.. mudah-mudahan betul la kan..  Scan 4D bayi dalam Kandungan  Kerana terlalu teruja, teringin untuk skodeng gerangan 'orang dalam' nie.. hihi saya tanya kat google jek tempat yang sesuai untuk wat scan 4D.. google punya google ramai yang berikan feedback baik tentang Klinik Dr. Anis. Saya ambil detail dan terus buat panggilan un

Tempat Makan Best Di Johor | Cabaran 30 Hari Blogging

Image
Tempat makan yang best di Johor Bahru. senarai ini bukanlah senarai hasil temuramah orang ramai. tetapi senarai mengikut ke "best" an saya.. pilihan saya dan suami. Best di sini dikategorikan sebagai tempat yang kami selalu pergilah..  Bila kata tempat makan yang best itu mestilah sebab makanannya yang sedap serta suasana yang boleh kata selesa untuk seisi keluarga.. yg best dan sedap tue lah kerap kami pergi Tempat Makan yang Best di Johor Bahru pilihan kami yang pertama ialah Restoren Malay Village.   gambar ikhsan en.google kenapa kami suka ke sini sebab sudah pastinya menu-menunya yang sedap. harga pun boleh diterima la dengan hasil yang perut kita akan dapat.. hihi.. yang paling best kat sini adalah menu Siakap Terbang.. Menu utama yang biasa kami pesan. dan bila datang ke sini minuman kegemaran saya adalah air avocadonya.. pehhh terliur plak saya..  gambar di bawah nie ketika saya belanja makan leader  group GNT saya yang berada d