Persediaan Berpantang Saya - Jamu atau Vitamin?

Set Berpantang Shaklee.. Perlukan yang lain ke?

alhamdulillah.. kandungan saya sekarang sudah 35minggu.. persediaan kelengkapan baby boleh kata sudah 90% siap.. bantal, tilam dan tambahan sarung tangan dan kaki baby jek belum lagi. 

Kelengkapan diri saya pula, tiada apa yang nak disiapkan sangat.. hihi ringkas-ringkas jek memandangkan ini pengalaman kali ketiga saya bergelar "maktang".. jadinya ada benda yang boleh diguna semula, saya akan guna semula. Antaranya bengkung yang digunakan semasa dalam tempoh berpantang nanti, memang saya pakai yang lama punya tue jek. Saya antara pengguna bengkung cara lama ala-ala tradisional .. Bengkung kain 4 meter tue.. Korang dapat bayangkan tak..? Ada yang kata leceh tapi saya suka.. Badan lebih selesa.. Saya pernah gak beli bengkung yang lebih mudah dan ringkas tapi hasil pada badan kurang memuaskan. 

Pilis, param dan lain-lain seangkatannya tue, biasanya mak yang sediakan.. Mak yang orderkan dari tukang urut. Tukang urut pun mak dan siap-siap tempahkan. Saya akan berurut dengan bidan kampung. Dan biasanya saya akan berpantang di kampung selama dua minggu gitu jek. Lepas tue saya akan balik ke rumah sendiri di Skudai, Jb nie dan akan dijaga oleh suami saya lah pastinya. hihi

Jamu? owhh saya tak makan jamu.. saya akan ambil set berpantang Shaklee sepanjang berpantang nanti.. 


  • b complex - anti-stress, elak kemurungan (meroyan), menstabilkan hormon 
  • vitamin c - memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin, mengembalikan keanjalan kulit.
  • vitalea - iron penting untuk tubuh kerana si ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
  • zinc complex - mempercepatkan penyembuhan luka bersalin terutama luka dalaman (rahim). 
  • esp - memberi tenaga dan melancarkan proses penyusuan susu ibu kepada anak
  • ostematrix - sumber kalsium, mengelak si ibu sembelit (kurang minum air dan trauma bersalin)

Semua vitamin di atas ini adalah vitamin yang sama saya consume sepanjang mengandung. Hanya penambahan zinc complex sahaja untuk menjadikannya set berpantang. 

Set Berpantang untuk Luaran 


set berpantang shaklee

saya pilih untuk gunakan set berpantang dari jenama Tanamera.. tidak ambil keseluruhan set. saya hanya memilih untuk menggunakan empat barang ini sahaja. ketika anak kedua dulu pun saya menggunakan jenama Tanamera ini. memang bestlah.. Alhamdulillah membantu dalam proses bersalin.

  • Virgin Coconut Oil (minyak kelapa dara) - sesudu di ambil sebelum makan. sehari sekali sahaja. saya ambil sesudu waktu pagi sebelum gerak ke opis. Juga sedikit digunakan untuk urutan perineum.
  • Brown Formulation Soap - sabun badan dengan bau-bauan herba.. best. menyegarkan badan dan membantu memudarkan kesan hitam pada kulit.. 
  • Feminine Herbal Wash
  • Herbal Bath 

saya beli empat barang Tanamera ini dari facebook. 


perkhidmatan yang sangat mesra dan cepat..



itu sahajalah persediaan saya untuk berpantang kali ini.. simple jek sampai tak tau ape lagi nak disediakan.. hihi excited tetap ada.. debar pun tetap ada.. mohon kawan-kawan doakan moga semuanya berjalan lancar. 



Baca juga PROMOSI - untuk mengetahui produk dengan harga promosi dari Shaklee



Saya adalah pengedar sah Shaklee .. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 



Nur Salwa Ishak

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 854112 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 711 1260
♥ Emel : honeywawa85@gmail.com
♥ Laman web: nursalwa.com

No comments: