Resipi / Menu Ketika Berpantang | Cabaran 30 Hari Blogging

Resipi Ketika Berpantang


InsyaAllah penghujung bulan Oktober nanti akan bergelar 'maktang' lagi sekali. Best ke berpantang nie? best tak best memang kena lalui gak oleh seorang ibu yang baru lepas melahirkan anak.. 

Pada saya best.. walaupun letih, tetapi time nielah kita dilayan bagai puteri gak. semuanya diurus atau dibantu oleh orang lain. Biasanya mak dan suami saya lah orang yang terpaksa rela membantu saya.. hihihi

Bila sebut berpantang, salah satu perkara yang masa nie jek istimewa dari orang lain adalah resipi ketika berpantang. Apa menu berpantang korang? menu berpantang saya senang dan mudah jek.. Berpantang kali ni adalah pengalaman ketiga saya.. Saya berpantang di rumah emak ketika dua kali berpantang. InsyaAllah kali ketiga nie pun samalah.. Biasanya saya akan berpantang di rumah emak antara seminggu ke dua minggu gitu jek. Selepas itu akan pulang ke Johor Bahru dan suami akan sambung melayan 'maktang' nie. 

Resipi Berpantang yang emak selalu masakkan untuk saya simple-simple sahaja. Yang simple tue lah yang paling sedap sebab bukan selalu dapat. 


1) Nasi putih + lauk ikan bilis bawang

ikan bilis bawang
gambar dari en.google


mudahkan jek kan.. tapi sedap.. ikan bilis tue biasanya mak akan goreng sikit, hiriskan bawang besar dan curahkan sedikit kicap.. Makan pulak dengan nasi yang panas. pehhh sedap sangat. 'maktang' memang kena makan semua yang panas-panas.

2) Nasi + ulam pegaga masak air

resipi berpantang

gambar dari en.google


saya memang gemar makan ulam-ulam. memang sedang sangatlah bila mak masakan lauk nie. ulam masak air. dalam tue adalah sikit mak masukkan sedikit hirisan bawang dan ikan bilis.. Ulam pegaga juga dikatakan membantu melancarkan pengeluaran susu ibu tau. kalau ulam pegaga tiada, emak gantikan juga dengan sayur-sayur lain. 

3) Nasi + ikan masak pais

gambar dari en.google

rasanya betul nama masakan nie. ikan apa mak guna saya tak pasti hihi sebab saya tak kenal sangat nama-nama ikan nie. main makan jek.. 

4) Nasi + ikan bakar / kukus

Lauk ini biasa bila dah tiba di JB.. Lauk yang paling mudah dan senang disediakan oleh suami saya. 

Jadinya selama 44 hari berpantang ini jek lah makanan yang menjadi kegemaran saya. Diulang-ulang menunya. ada masa lain sikit tapi tak terlintas pulak dalam kepala sekarang nie. untuk saya yang tidak cerewet tentang makanan, alhamdulillah semuanya sedap jek menu berpantang saya.

Selain makanan berpantang yang menyelerakan ini, saya juga konsisten setiap hari makan vitamin Shaklee.. Antara vitamin yang saya akan makan ketika berpantang adalah 

  • b complex - anti stress, memberi tenaga
  • vitamin c - imun booster, mengembalikan ketegangan kulit
  • vitalea - multivitamin, tambah darah
  • zinc - pemulihan luka
  • esp - sumber protin, membantu melancarkan proses penyusuan saya
  • ostematrix - sumber kalsium, elak sembelit
  • alfalfa - sumber herba, panaskan badan, beri tenaga, bertindak umpama kacip fatimah

 Baca juga PROMOSI - untuk mengetahui produk dengan harga promosi dari Shaklee



Saya adalah pengedar sah Shaklee .. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Nur Salwa Ishak

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 854112 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 711 1260
♥ Emel : honeywawa85@gmail.com
♥ Laman web: nursalwa.com






No comments: