Scan 4D Bayi Di Johor Bahru

Skodeng baby?

Baby siapa? pastinya baby kami lah.. Masa mengandungkan anak pertama iaitu Md.Ziqri dan anak kedua, Md.Muqri, takde pun kami sibuk-sibuk nak skodeng.. hihi scan masa check up bulanan kat Klinik Kesihatan aje.. 

Mengandung anak ketiga nie, teruja plak nak tau jantinanya.. pada firasat diri sendiri, macam girl.. dah dapat dua boy nak gak lah seorang girl wat teman ibu dia nie. hihi Seawal mengandung, memang ramai yang tegur, perut saya tak berapa nampak atau naik.. masuk lima bulan usia kandungan pun saya masih boleh sarung baju kurung.. hihi so firasat dari orang sekeliling juga mengatakan baby girl dalam kandungan saya nie.. mudah-mudahan betul la kan.. 

Scan 4D bayi dalam Kandungan 


Kerana terlalu teruja, teringin untuk skodeng gerangan 'orang dalam' nie.. hihi saya tanya kat google jek tempat yang sesuai untuk wat scan 4D.. google punya google ramai yang berikan feedback baik tentang Klinik Dr. Anis. Saya ambil detail dan terus buat panggilan untuk tanya masa yang sesuai untuk ke klinik tersebut. tidak perlu buat temujanji, boleh terus datang. 

Scan 4D Bayi Di Johor Bahru

Usia kandungan saya masa nak scan tue dah 28minggu. kira masa yang sesuai gak untuk scan lihat jantina anak.. lepas call terus saya ajak suami untuk pergi Klinik Dr. Anis. Kami pergi tengahari sebelum lunch hour.. sebab lunch hour kul 1 petang hingga 2 petang Klinik Dr. Anis pun rehat gak.. hihi

Kami sampai masa tue ada 2 pasangan suami isteri. Saya jangka mereka pun wat scan gak sebab dua-dua bawak perut macam saya hihihi masa menunggu tak lama.. kebetulan.. masuk jek bilik Dr., Dr. Anis menyapa dengan lembut dan ramah. Dah nama Klinik Dr. Anis, sudah pastinya Dr.nya perempuan kan.. 

Sambil-sambil Dr. wat scan tue.. memang Dr. ramah sangat berbual. Dr. suka berbual katanya dan memang suka scan-scan baby nie.. dapat tengok ragam baby kat dalam tue. Dr. kata kalau pesakit kat luar tak ramai, memang lama lah dia 'menggodeh' perut di ibu untuk dapatkan aksi-aksi menarik baby.. Dan sudah rezki saya, saya datang ketika dah nak lunch hour.. tiada pesakit lain yang menunggu di luar.. so lama la Dr 'menggodeh' perut saya. memang best dan teruja.. 

Scan 4D di Klinik Dr Anis apa yang kami dapat?


Dapat tengok aksi-aksi 'orang dalam' perut saya nie.. seronok.. Dr. Anis pun rajin melayan.. tue yang sedar tak sedar, dekat setengah jam gak dia menggodeh..

sebelum balik, kami dibekalkan ini.. bukan ubat tapi CD aksi-aksi baby yang dibedik oleh Dr.Anis dan gambar 4D yang diprintkan.

Scan 4D Bayi Di Johor Bahru


close up.. ikut muka siapa tue erk..? muka ibu ke muka papa? hihi
 
Scan 4D Bayi Di Johor Bahru


Dimana Klinik Dr. Anis?

untuk kawan-kawan yang nak pergi buat scan 4D, saya sangat cadangkan Klinik Dr Anis nie.. Alamatnya adalah seperti berikut ;

Klinik Dr. Anis
25G, Jalan Kempas Utama 1/2, 
Taman Kempas Utama, 
81300 Johor Bahru, Johor
07-5545231

RM120 untuk scan 4D nie.. berbaloi!! hihi

Klinik Dr. Anis bukan sahaja untuk scan 4D sahaja, perkhidmatan lain pun ada. 


InsyaAllah, baby dalam kandungan saya nie adalah perempuan.. Alhamdulillah.. moga proses bersalin saya berjalan lancar dan dipermudahkan.. 


usia kandungan saya


opss sebelum keluar dari klinik tue, ada gak Dr. Anis tanya.. 

" makan vitamin klinik ke? "

saya jawap, "tak"

belum sempat saya nak bagitau apa yang saya amik, Dr. Anis dah sambut perbualan tue dengan, " amik Shaklee?"

hihi saya pun angguk jek.. dan Dr. Anis kata, " owhh haa ok.. sambung makan dengan konsisten yea.."

Set Kehamilan Shaklee yang saya ambil sepanjang mengandung anak ketiga ini


B Complex - memberikan saya tenaga sepanjang saya terkena morning sickness awal trimester ari tue, anti stress, asid folic yang baik untuk janin dalam kandungan ini.
 
Vitamin C - baik untuk kulit.. dalam tempoh mengandung ini, kulit-kulit terutamanya kulit di bahagian perut merengang.. untuk memudahkan kulit kembali kepada keadaan asal, pengambilan vitamin c memudahkan proses itu.. baik juga utk imun sistem 

Vitalea - zat besi.. baik untuk darah.. mengelakkan anemia..

Ostematrix - sumber kalsium, mengurangkan risiko terkena cramp atau 'simpul biawak. melancarkan proses pencernaan.. hari-hari 'buang hasil'

Omega - DHA dan EPA yang baik utk saya dan baby saya

Garlic Complex - ini vitamin tambahan yang saya amik memandangkan masuk ke trimester ketiga nie saya mengalami masalah keputihan yang banyak.. kurang selesa.. alhamdulillah sejak amik garlic complex dah kurang keputihan itu. seawal seminggu amik saya dah nampak keputihan tue kurang

ESP - sumber protin, memberikan saya tenaga, baik untuk kulit saya dan baby


Jika anda mahu seperti saya yang mengamalkan vitamin shaklee sepanjang kehamilan, boleh hubungi saya yea.. insyaAllah saya bantu anda.. Saya adalah pengedar sah Shaklee yang berada di Johor Bahru dan sedia membantu tidak kira dimana anda berada.

2 comments:

Ibu Ddd said...

wa....bestnye...yeayyy...mama dah ade teman!!

nursalwa Ishak said...

hihi excited nak berteman.. hope dipermudahkan teman mama nie kuar..