Tempat Makan Best Di Johor | Cabaran 30 Hari Blogging
Tempat makan yang best di Johor Bahru.
senarai ini bukanlah senarai hasil temuramah orang ramai. tetapi senarai mengikut ke "best" an saya.. pilihan saya dan suami. Best di sini dikategorikan sebagai tempat yang kami selalu pergilah..
Bila kata tempat makan yang best itu mestilah sebab makanannya yang sedap serta suasana yang boleh kata selesa untuk seisi keluarga.. yg best dan sedap tue lah kerap kami pergi
Tempat Makan yang Best di Johor Bahru pilihan kami yang pertama ialah Restoren Malay Village.
gambar ikhsan en.google
kenapa kami suka ke sini sebab sudah pastinya menu-menunya yang sedap. harga pun boleh diterima la dengan hasil yang perut kita akan dapat.. hihi.. yang paling best kat sini adalah menu Siakap Terbang.. Menu utama yang biasa kami pesan. dan bila datang ke sini minuman kegemaran saya adalah air avocadonya.. pehhh terliur plak saya..
gambar di bawah nie ketika saya belanja makan leader group GNT saya yang berada di sekitar Johor Bahru
Antara lain yang saya pernah bawak makan ke sini adalah Geng Supermom Sister dan juga Upline Shaklee saya iaitu Mami Hadhatina + Dedi Mkb
ini paling baru kami pergi iaitu pada 20hb September 2014 yang lepas.. Team #gegemasu bersama mami hadhatina dan dedi mkb
Untuk anda yang mahu mencuba boleh pergi ke alamat seperti di bawah
Restoren Malay Village
No.9A, Jalan Kolam Air,
Johor Bahru, Johor
07-2211221
Tempat Makan yang Best di Johor Bahru pilihan kami yang kedua ialah Ateh Corner
alamatnya adalah di
Jalan Kebudayaan, Taman Universiti
(berdekatan Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4).
Banyak menu yang boleh anda pilih.. Dan yang pasti harga sangat berbaloi dengan rasa yang akan anda dapat.. Dan untuk warga Johor Bahru yang biasa ke Aeon, Ateh Corner nie ade sebuah kiosk minuman di food court semua cawangan Aeon
Tempat Makan yang Best di Johor Bahru pilihan kami yang ketiga ialah Restoren Wadi Hana Elarabi
hihi nie lain sikit.. ini bila-bila kami (biasanya sayalah) terasa nak makan makanan arab, kami akan ke sini. memang best..
Apa yang best..? Makanan dia dah tentu lah best.. suasananya pun.. siap ada dendangan lagu-lagu arab.. pekerjanya juga boleh kata asal dari arab gak rasanya.. muka ala2 orang sana..
Tempat yang selesa.. Anda boleh pilih samada nak bersila atau duduk di atas meja. anak-anak pun bebas nak bermain
alamatnya adalah
No.1, Jalan Pembangunan
(Off Jalan Tampoi),
Taman Desa Rahmat, Johor Bahru
Berdekatan dengan Plaza Angsana dan Menara LHDN
Berhadapan dengan Restoren Bariani Abah
buka dari jam 12.00 tengahari - 12.00 tengah malam
tutup setiap hari selasa
Tempat Makan yang Best di Johor Bahru pilihan kami yang keempat ialah Kapten Steamboat & Grill
gambar amik dari google.. muncul dari blog herneenazir.com
tempat ini pula untuk bila kami tetiba rasa nak makan makanan yang kami masak sendiri tapi bukan di rumah.. hihi steamboat.. datang tempat macam nie kami jarang pergi sendiri. biasanya pergi bila ada kawan-kawan (supermom sister la) dan juga family datang. makan ramai-ramai baru syokkkk
alamatnya
8-01 & 10-01
Jalan Tun Abdul Razak, Susur 6,
Taman Suria Muafakat,
Johor Bahru
019-2354796
later-later upload gambar sendiri pula.. TBU.. hihi
ok, rasanya cukuplah saya kongsikan empat tempat makanan menarik / best / yang selalu kami pergi di sekitar johor ini..
selamat menjamu selera..
ecececehhhhh
dah melantak pelbagai makanan yang sedap-sedap tue, ingat juga untuk amik vitamin shaklee kasi detox, kasi kawal kolestrol, kasi bersih usus dan macam-macam lagi la yang shaklee bleh bantu.. hihi anything pasal shaklee bleh roger saya yea..
saya adalah penjual shaklee sekitar skudai, johor bahru.. peace .....
Comments