Vitamin Untuk Orang Malas

Ada ke vitamin untuk orang MALAS?

malas yang saya maksudkan ialah malas makan vitamin.. Dia nak sihat, tapi dia malas nak makan vitamin.. Malas nak konsisten makan macam-macam vitamin.. 

Jika anda adalah orang yang saya cerita itu, saya cadangkan anda ambil vitamin ini sahaja.. 



anda ambil vita-lea ini 2 biji sehari selepas sarapan sudah memadai.. 

" orang sakit perlukan ubat

orang sihat perlukan vitamin "

Kenapa Perlu Ambil Vita-Lea Shaklee?


  • Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan - Kebanyakkan mereka yang mahu menurunkan berat badan akan mengelak makanan yang berkalori tinggi. Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisme pastinya akan terjejas apabila kekurangan nutrien tertenru, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya proses untuk menurunkan berat badan akan menjadi semakin perlahan 

  • Faktor Sibuk - Corak pemakanan yang tidak seimbang lebih-lebih lagi jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah 

  • Termusnah akibar dimasak - haba merupakan faktor utama yang menyebabkan satu-satu vitamin terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkian akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yang terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita

  • Stress - Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu tidak menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah kerana tekanan perasaan, mental dan sebagainya

  • Kualiti makanan yang semakin rendah - kualiti sayur-sayuran serta buah yang ada kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayuran dan buah-buahan yang ditanam (secara organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur dan buah-buahan sekarang terlalu banyak 'dimanjakan' dengan bahan-bahan kimia yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.

  • Tabiat Makan Memilih - terdapat individu yang tidak suka makan sayur dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakkan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegeterian (tak makan daging, ayam dan telur) dan inidividu ini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan kalsium.

  • Tahap Penyerapan Nutrien Yang Rendah - Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral dalam tubuh sentiasa mencukupi

  • Harganya Yang Murah - secara purata, sebiji multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai RM1..  Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, mengapa harus memberikan 1001 alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan

  • Role Model Kita - salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga usianya sekarang ialah beliau mengamalkan 1 kapsul multivitamin setiap hari dan pastinya jenama Shaklee



 Vita-Lea With Iron Formula

Killer Product Shaklee




Saya adalah pengedar sah Shaklee .. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 



pengedar shaklee skudai, gelang patah, nusajaya, johor bahru


Wordless Wednesday : ESP Shaklee dan Manfaat kepada Ibu Hamil

esp shaklee untuk ibu mengandung

Manfaat ESP Shaklee kepada Wanita Hamil

  • membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, enzim dan hormon 
  • membantu menghilangkan stretch mark 
  • memberikan tenaga ketika morning sickness
  • protein ini juga membantu mengekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi
  • memberikan kulit yang cantik untuk si ibu dan janin
  • membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap maksimum

pengedar shaklee skudai, gelang patah, nusajaya


ESP Shaklee - Apa Indeks Glisemik Rendah?

Apa itu Indeks Glisemik Rendah?

Salah satu kelebihan ESP Shaklee adalah ia mempunyai indeks glisemik rendah. Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa darah. 

Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik yang tertinggi manakala karbohidrat dengan indeks glisemik rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukosa ke dalam sistem badan kita. 

Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang. 

esp shaklee - indeks glisemik rendah

esp shaklee - indeks glisemik rendah


Siapa Yang Memerlukan Indek Glisemik Yang Rendah?
  • pesakit diabetis
  • mereka yang ingin berdiet
  • mereka yang mempunyai tahap kolestrol tinggi
Manfaat Indeks Glisemik Rendah

1. Mencegah dan Mengawal Diabetis. Sebuah kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition (Julai 2002) menyimpulkan bahawa makanan ber-indeks glisemik tinggi meningkatkan risiko terkena diabetis type 2.

2. Mencegah Kanser. Artikel lain dalam journal yang sama menyebutkan adanya korelasi antara makanan tinggi indeks glisemik dengan kenaikan risiko kanser kolorektal, kanser payudara dan mungkin juga kanser ovarium dan prostat. Dr. Atkins dalam New Diet Revolution, menyebut hubungan antara kanser dengan indeks glisemik yang didasari oleh fakta bahawa sel kanser " mendapatkan makanan dari gula." Buku itu juga menyebutkan bahawa penderita kanser payudara lebih mungkin selamat dan kurang mengalami ketumbuhan jika tingkat insulin tubuh mereka lebih rendah.

3. Penyakit Jantung. Risiko penyakit jantung meningkat selari dengan jumlah kolestrol tubuh anda. American Journal of Clinical Nutrition juga melaporkan bahawa diet rendah indeks glisemik mengurangi kolestrol jahat dan trigliserida dalam waktu satu bulan.

4. Menurunkan Obesiti. Makanan dengan indeks glisemik rendah menciptakan rasa kenyang yang lebih besar dan bertahan lebih lama. (sebab itu makan ESP semasa perut kosong menyebabkan kita akan rasa kenyang yang berpanjangan)



Produk Shaklee dengan Harga Promo?
klik di sini ---> PROMOSI 



Saya adalah pengedar sah Shaklee .. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 




Cara Bancuh dan Resipi ESP Shaklee

Salam Semua.. 

ESP antara produk shaklee paling hot.. BEST SELLER!! Ramai yang gemarkannya.. pelbagai cara bancuh mengikut citarasa masing-masing.. 

Dibawah ini saya kongsikan beberapa lagi resipi ESP yang anda boleh cuba.. TRY N ERROR maner satu yang menjadi kegemaran anda.. 

resipi dan cara bancuh esp shaklee



Selera Saya 
  • memula dulu saya layan buat ESP + Fresh Milk Blend sekali dengan kurma. Sedap sangat.. Rasa kenyang yang lama
  • Kemudian ESP + Fresh Milk sahaja
  • Sesekali saya bancuh ESP + MEAL SHAKE + PERFORMANCE DRINK 
  • SEKARANG - ESP + Plain Water sejuk jekk.. Rasa original ESP.. memang sedap.. 

Cara Bancuh
  • Ambil 1 sudu ESP, campurkan dengan minuman kegemaran anda (pilih salah satu resipi diatas)
  • Gunakan botol shaker untuk memudahkan anda shake ESP tersebut.. 
  • TARAAAAA siap untuk diminum.. 

Masa Pengambilan ESP
  • Ikut keselesaan anda
  • Pengganti sarapan
  • Diantara waktu selepas sarapan dan sebelum lunch. pengambilan ketika ini membantu anda memberikan rasa kenyang.. jadi jika anda mahu mengambil makan tengahari anda akan ambil dalam kuantiti yang sedikit. 
  • Malam sebelum tidur. 
  • Tengah Malam ketika terjaga dari tidur dan rasa lapar
  • Ketika bersahur atau berbuka puasa
  • Bagi ibu menyusu ~ sebelum atau selepas mengepam

NOTA PENTING
  • JANGAN BANCUH ESP dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protien mudah musnah pada suhu yang tinggi
  • JANGAN ambil lebih dari 3 sudu besar sehari. (berat buah pinggang untuk proses protien yang berlebihan)

Produk Shaklee dengan Harga Promo?
klik di sini ---> PROMOSI 

 


Saya adalah pengedar sah Shaklee .. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.