Fesyen tudung Labuh – hanya untuk ustazah?

Bertudung bukanlah suatu batu penghalang kepada kita untuk tampil bergaya dan mencuba fesyen terkini. Berfesyen yang dimaksudkan bukanlah berpakaian terdedah atau tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan syariat, tetapi apa yang penting adalah dengan bijak memilih kombinasi pakaian yang sesuai.  

Siapa kata hanya untuk ustazah?


Siapa kata..? Sayalah yang kata.. Memang betul, hanya ustazah sahaja yang pakai tudung labuh TETAPI itu dulu. Sekarang tudung labuh menjadi pilihan ramai muslimah masa kini termasuklah saya. Malah penampilan selebriti tanah air seperti Diana Amir dan Heliza Helmi juga cukup manis dengan penampilan sopan



Mereka juga turut mengenakan fesyen tudung labuh yang cukup moden dan trendy. Untuk mengenakan tudung yang labuh, kita boleh memakai wide shawl, pashmina, atau tudung halfmoon. Apa yang paling penting adalah, ukuran tudung (lebar dan panjang) tersebut dan cara kita memakainya (pastikan menutup dada).



Saya juga berimej tudung labuh. Mula menukar imej kepada seorang pemakai tudung labuh selepas melahirkan anak kedua. Tidak terasa janggal atau rimas tetapi rasa selesa dan selamat. Malah rasa bersyukur menjadi seorang muslimah yang dapat mengikut syariat islam iaitu menutup aurat dengan sempurna.




Susah Cari Tudung Labuh?


Dulu.. Ustazah dan kenalan saya yang bertudung labuh susah untuk mencari dan membeli tudung labuh. Kebanyakkan mereka menjahit sendiri tudung labuh itu.. Sekarang, terlalu banyak dan merata tempat kita boleh beli tudung labuh. Itu menandakan imej tudung labuh memang menjadi salah satu fesyen masa kini..

Mereka yang gemar membeli secara atas talian lebih banyak pilihan dan mudah untuk mendapatkan tudung labuh ini. Salah satu website paling HOT di Malaysia dan menjadi pilihan ramai pembeli ‘online’ adalah ZALORA!!!!!!! Pernah dengar atau tidak? Alaaaaaa Zalora yang beri bekalan pakaian dan lain-lain kelengkapan diri secara PERCUMA kepada sepasang suami isteri yang bergaduh di FB Page Zalora tue.. Bertuah sangat.. Gaduh-gaduh dapat hadiah.. menjadi ‘viral’ di FB tau..




Buangkan persepsi tudung labuh adalah  fesyen kolot atau hanya untuk mereka yang berusia. Mungkin anda boleh meniru gaya pemakaian tudung artis-artis berikut atau gunakan kreativi anda! 



1 comment:

Hernee Nazir said...

ehem2..ade muka saya di situ..hehehe