Tips Atau Cara Untuk Dapat Anak Perempuan

Anak adalah rezeki dari Allah SWT.. Pasangan yang berkahwin mesti ternanti-nanti untuk memiliki zuriat sendiri.. Buah cinta yang sangat berharga.. 


Alhamdulillah.. 5 tahun usia perkahwinan kami dikurniakan 3 orang buah cinta.. dua lelaki seorang perempuan. Mohammad Ziqri 5 tahun, Mohammad Muqri 3 tahun dan yang terbaru Nur Qisya 2 bulan.. 

Memiliki dua orang anak lelaki, saya mengharapkan seorang anak perempuan. Mengambil keputusan untuk hamil kali ketiga. Malah memang saya merancang untuk memiliki tiga orang anak sebelum umur saya 30 tahun... Ziqri lahir pada tahun 2010, Muqri tahun 2012. Beza dua tahun.. Jadi untuk anak ketiga pun kami rancang untuk jarakkan dua tahun. 

Alhamdulillah Allah izinkan.. saya hamil dan bersalin anak ketiga pada tahun 2014 dan sebelum umur saya 30 tahun saya sudah mempunyai 3 orang anak.. Tahun 2015 ini saya 30 tahun tau.. hihi sila percaya yea Puan Nur Salwa

Alhamdulillah anak ketiga kami perempuan.. Ramai yang tanya, apa tips dapat anak perempuan? Ada tips ke? kongsilah tips untuk dapat anak perempuan tue..

Pertama sekali, syukur  Allah beri kami anak perempuan.. Beberapa tips yang akan saya kongsikan untuk dapat anak perempuan ini adalah salah satu usaha dan ikhtiar saya.. Selebihnya saya serahkan kepada Allah SWT.. Bila suami luluskan permohonan untuk saya hamil lagi, kami pun mula la google info atau tips-tips untuk dapat anak perempuan.. 

Saya kongsikan beberapa tips untuk dapat anak perempuan yang saya jumpa dari en.google yea.. 

Tips untuk dapat anak perempuan yang pertama adalah PEMAKANAN..

Makanan berlaut / seafood adalah tidak digalakkan. Digalakkan untuk mengambil makanan berasid seperti asam, limau dan nenas.. Amalkan memakan sayuran hijau bayam, brokoli. makanan yang kaya dengan lemak, makanan yang dibuat daripada produk tenusu 

->> saya tidak ambil pun asam-asam, nenas, limau atau apa-apa makanan masa.. untuk hilangkan loya tekak, saya hanya kunyah chewable vitamin C sahaja


--> saya makan juga seafood tapi tidaklah kerap

Tips untuk dapat anak perempuan yang kedua adalah MENGETAHUI WAKTU SUBUR ISTERI.

Sperma X bergerak dengan lebih perlahan berbandiing sperma Y tetapi jangka hayatnya lebih panjang, iaitu boleh hidup lebih daripada 24jam. Sebab itu hubungan seks digalakkan berlaku 2 hari ataupun 24jam sebelum ovulasi. Peluang untuk anak perempuan lebih tinggi. Kita digalakkan mengadakan hubungan seks 2-3 hari berselang dalam seminggu sebelum tarikh ovulasi. Ini adalah untuk merendahkan jumlah sperma. Seorang lelaki yang mempunya jumlah sperma yang rendah cenderung untuk mendapatkan anak perempuan. 

->> period saya tetap setiap bulan.. tapi saya kurang mahir untuk mengira waktu subur.. tapi seminggu sebelum tarikh period, kami berusaha lebih sikit.. itu yang saya faham.

Tips untuk dapat anak perempuan yang ketiga adalah TEKNIK HUBUNGAN INTIM.

Teknik tradisi semasa mengadakan hubungan. Ini disebabkan teknik ini membenarkan penis suami lebih jauh daripada serviks dan jarak perjalanan yang lebih panjang membenarkan sperma X yang mempunyai hayat lebih panjang boleh bertahan lebih lama untuk mencapai telur. Digalakkan untuk mengadakan hubungan seks pada waktu petang.

->> Ada ustaz cakap, kalau kita nak anak perempuan, suami datang dari arah kiri kerana hawa adalah tercipta dari tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. kalau nak anak lelaki, suami datang pula dari sebelah kanan.

Tips untuk dapat anak perempuan yang keempat adalah TAHAP KEPUASAN ISTERI DICAPAI DAHULU SEBELUM SUAMI

Isteri tidak perlu mendapatkan kepuasan yg tinggi semasa mengadakan hubungan seks kerana sistem badan wanita mewujudkan keadaan berasid yg boleh merangsang pergerakan sperma X.

->> saya, no komen hihihi

Tips untuk dapat anak perempuan yang kelima adalah ikut JADUAL KUNO CINA.. 

haa ini memang kami ikut.. bukan mempercayainya 100% tetapi sebagai panduan sahaja pada waktu bila kami perlu kerja lebih gigih hihi


Macamaner nak baca jaduak Kuno Cina nie?

Ini cara atau pemahaman saya dan suami baca jadual nie dalam usaha kami merancang untuk mendapatkan baby girl.. 

saya nak baby girl pada tahun 2014
umur saya 29 tahun pada tahun 2014 
peluang saya untuk dapat baby girl adalah pada bulan 
Januari, Mac, April, Oktober, November dan Disember..

Saya bercadang untuk dapat baby girl pada bulan oktober.. 
so 9 bulan sebelum Oktober iaitu antara bulan Januari dan Februari kami kena berkerja keras (persenyawaan)

->> umur saya 25 tahun, bersalin anak pertama bulan Mac = Lelaki.. (Betul)
->> umur saya 27 tahun, bersalin anak kedua bulan Oktober = Lelaki.. (Betul)
->> umur saya 29 tahun, bersalin anak ketiga bulan Oktober = Perempuan.. (Betul)

Dan ini pula cara baca jadual Kuno Cina yang saya google.. Sudah hamil..

Umur saya 29 tahun pada tahun 2014 dan kandungan bakal lahir bulan Oktober.. 
Bermakna persenyawaan berlaku pada bulan Januari.
Lihar carta : Umur 29 tahun bulan Januari = Perempuan. (Betul) 

Kebetulan? entahlah.. tapi apapun terpulang kepada individu.. kami tidak percaya 100% tapi kami jadikan jadual ini sebagai panduan. Ingat yea.. kita hanya merancang.. kita berikhtiar, Allah juga yang menentukan. Lelaki atau perempuan anak yang kita dapat, ia tetap rezki dari Allah. Asalkan anak itu sihat, cukup sifat bersyukur sangat.. Sebab ada sahaja pasanagan suami isteri yang tidak boleh melahirkan anak.

Selain dari tips-tips di atas, saya amalkan juga membaca surah Maryam lebih kerap.. Surah-surah lain yang bagus diamalkan ketika mengandung juga saya  baca..

Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati dan kuat ingatan
Surah Yusuf - Untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
Surah Luqman - Untuk anak yang cerdik
Surah Yassin - Untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
Surah Al-Hujurat - Untuk membanyakkan susu ibu
Surah Maryam - Untuk memudahkan bersalin 

Ok, selain dari mengamalkan tips-tips di atas  nie, bila saya dan suami merancang untuk menambah anak, kami konsisten ambil Set Kesuburan Shaklee.. 


Order Set Kesuburan Shaklee >> klik >> BELI

Alhamdulillah.. perkongsian tips saya ini dapat bantu rakan baru saya.. baca kisahnya di sini ~~


UPDATE


Alhamdulillah... tahun 2016, bertambah seorang lagi baby girl kami.


Mahu guna produk Shaklee?
Mahu tambah pendapatan dengan bisnes Shaklee yang mudah ini? 
Hubungi saya 😀

 Nur Salwa Ishak
♥ Shaklee Independent Distributor 
[ ID No : 854112 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 711 1260
♥ Emel : honeywawa85@gmail.com
♥ Laman web: nursalwa.com
♥ FB Page : Kedai Vitamin Skudai



26 comments:

Umie said...

Menarik ni.boleh apply sbb plan nak baby girl pulak lepas ni.tq for sharing

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Cepat Hamil.

Ct Ayanzz said...

saya pun ikut calendar ni..alhamdullilah betul just usaha Allah yg tentukan...

syuhada said...

tq for the tips...mmg bnyk membantu :)

Syireen Halim said...

good tips salwa...anyway tahniah

nursalwa Ishak said...

tq syireen halim

nursalwa Ishak said...

tq syuhada

nursalwa Ishak said...

tq umie.. harap tips ni membantu

nursalwa Ishak said...

tq ummi jual vitamin

zainab Zainabrahman said...

Tq atas perkongsian... Saya pun tgh plan bby girl..doakan saya ye..
Aminnn...

zainab Zainabrahman said...

Tq atas perkongsian... Saya pun tgh plan bby girl..doakan saya ye..
Aminnn...

acik nad said...

Sy pun nak bby girl...
Doakan saya ye...

Mieza Rahman said...

Nak tanya, utk pengiraan umur ibu kena ikut tarikh lahir ibu ke x?

lowProfile said...

Klu ikut calendar cina tu anak sy perempuan tp anak sy kluar ni lelaki.. jd sy tolak tepi dh tips yg tu.. sy skrg preggy no.2 tp mgharapkn girl plk. InsyaAllah amin... ni cuma impian je... klu x cpai pn sy redha :)

haniliza said...

puan salwa kita ni sebaya la..dah la sebaya anak kit apun sebaya dan sama jantina dari nak sulong sampai nak ketiga...jom kit aplan sorang lagi gegril baru cukup 2 pasang...hihi..tahun 2018 pulak..

Anonymous said...

Saya bersalin umur 32 tahun, klau tgk jadual patut baby girl, tp baby boy saya dapat....sekadar perkongsiaan, x semestinya betulkn? Semua pon kehendak Illahi....=)

Encik Shino said...

Terima kasih kerana berkongsi

Anonymous said...

kak salwa tgok calendar kuno cina tu kira umur tu ikut genap umur(tarikh lahir) ke?

ladygaga said...

Saya ada 4-boy alhamdulillah... rezeki di tangan Allah...kalu study mmg sepatutnya 4 girl..tp terbalik plak....so saya x boleh follow kelender tu ;-) doakan next saya dpt gegirl plak ye, buat teman umur dah 37 thn dpn....huhuhu

nursalwa Ishak said...

Tak pun..

nursalwa Ishak said...

Haah yea. Sekadar tips yg boleh dicuba.. hasilnya tue ketentuan dari Allah..

nursalwa Ishak said...

Puan haniliza..

Sama yea kita. Alhamdulillah.. saya dah menambah.. hihi 2 pasang dah sekarang..


nursalwa Ishak said...

Yea.. ini ikhtiar yg boleh dicuba. Dapat atau tidak tue rezki dr Allah kan

http://www.nursalwa.com/2017/03/berjaya-hamil-anak-perempuan-dengan.html?m=0

nursalwa Ishak said...

Tak perlu

nursalwa Ishak said...

InsyaAllah.. moga dipermudahkan

http://www.nursalwa.com/2017/03/berjaya-hamil-anak-perempuan-dengan.html?m=0

nursalwa Ishak said...

InshaAllah. Moga dipermudahkan yea.

http://www.nursalwa.com/2017/03/berjaya-hamil-anak-perempuan-dengan.html?m=0