AGM Ke-2 Selat Tebrau Babywearers
Alhamdulillah..
7 Februari 2015 kami berjaya melaksanakan AGM kali kedua untuk Selat Tebrau Babywearers (STB) yang diadakan di Kolej Tun Razak, UTM Skudai.. STB adalah persatuan yang berdaftar dengan ROS.. jadi AGM ini adalah acara tahunan yang perlu diadakan.
Alhamdulillah.. keahlian ahli berdaftar STB mencecah 200 orang dalam masa setahun selepas penubuhannya. dan ketika AGM ini diadakan, ahli berdaftar yang hadir lebih kurang 80 orang.
Selat Tebrau Babywearers ini adalah sebuah persatuan ibu bapa yang kendong anak dalam bahasa pasarnya.. Persatuan yang KHAS untuk anak jati Johor atau mereka yang bekerja, menetap atau berkahwin dengan orang Johor. Asal ada bau-bau bacang dengan Johor boleh untuk menjadi ahli STB.. boleh 'add' group STB di FB.. akan ditapis dulu jika anda menepati syarat-syarat yang kami nyatakan, so akan diterima masuk..
STB sangat eksklusif.. eksklusif hanya untuk warga Johor.. sebab itulah kami menetapkan beberapa syarat.. jika anda kata kami 'kekwat', kami terima demi menjaga EKSKLUSIFnya STB ini.. saya tahu memang ramai orang yang mahu join STB sebab kami ada banyak program dan aktiviti saban minggu yang best-best. hihi
ok, saya akan kongsikan lagi cerita STB dari masa ke semasa.. la nie layanlah sikit beberapa gambar AGM lepas
baca doa dulu.. suami saya hihi
pengerusi bagi penggal pertama, Dr. Nyazirah sedang membuat pembentangan
cenderahati untuk ahli yang hadir
haaaa siap ada retis datang
lagi.. siapa kenal??
pelakon BAMS
meriah
emak-emak meeting, anak dihiburkan dengan badut.. best katanya
alhamdulillah.. tersenarai .. AJK untuk tahun kedua..
AJK untuk penggal kedua
weolsss love babywearing
Comments