Congo Bar - Kek Paling Gojes dan Senang Untuk Dibuat

Resipi Manisan atau Minuman Petang Kegemaran Ramai

Assalamualaikum.. 

Pagi-pagi ahad nie, saya nak sharekan resipi manisan paling senang untuk dibuat dan dihidangkan.. Saya nie ikut mood.. ada musim kek batik, rajin la wat kek batik.. antara kuih yang senang gak tue.. sekarang nie tengah musim congo bar hahaha ada tue tiap ari buat dan biasanya bila balik kampung la baru buat sebab ramai yang akan makan.. kalau buat kat umah sendiri jawapnya sendiri yang melantak sorang-sorang, sendiri yang gemuk..

saya pun kurang pasti nak panggil congo bar nie kek atau kuih haha


nie hasil keras tangan iols buat bulan lepas hihi

serius.. memang senang buat congo bar nie.. tak perlu nak guna mixer bagai.. hanya perlukan sedikit kekuatan tangan untuk mengacau (manja-manja jek kacau), dan juga oven untuk membakar.. takkan nak menjemur bawah matahari pula kan..

Resipi Congo Bar 


Bahan-bahannya;
  • 315g Tepung Gandum
  • 2 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 150g butter (saya guna butter Twin Cow)
  • 250g Gula Perang (Brown Sugar)
  • 3biji Telur (saya tak ikut gred telur pun, guna apa yang ada)
  • 1sudu esen vanila (saya guna penutup botol esen tue jek)
  • 200g Coklat Chips (tukar-tukar ikut mood, kadang guna coklat coin)
  • 1cawan pican atau apa-apa kekacang (pilihan) 
  • kepingan badam untuk taburan di atas
Cara-caranya;
  • Ayak tepung gandum, baking powder dan garam - ketepikan
  • bekas lain, kacau gula perang dan butter sehingga larut. kemudian masukkan telur sebiji-sebiji. masukkan esen vanilla. 
  • bila gula perang, butter dan telur larut, masukkan sedikit demi sedikit tepung, gula serta baking powder yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit sehingga habis
  • masukkan pula coklat chip serta kekacang
  • tuang ke dalam dulang pembakar yang telah di alas kertas minyak serta di sapu sedikit minyak/butter
  • tuang adunan dan ratakan ke atas dulang pembakar, ratakan
  • taburkan hirisan/kepingan badam di atas adunan 
  • bakar pada suhu 170c selama lebih kurang 25-30minit atau sehingga permukaan atasnya kuning keemasan 
sedap.... korang try la buat yea.. 



Baca juga PROMOSI - untuk mengetahui produk dengan harga promosi dari Shaklee


Saya adalah pengedar sah Shaklee .. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 



Nur Salwa Ishak

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 854112 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 711 1260
♥ Emel : honeywawa85@gmail.com
♥ Laman web: nursalwa.com

No comments: