Percutian Idaman - Pulau Rawa Mersing

Percutian Idaman...

Nak ke obesi.. belum ada tempat idaman selain dari Mekah dan Madinah.. rancangan kami, nak abiskan cuti2 dalam Malaysia dulu.  Banyak sangat tempat2 di Malaysia nie yg kami belum tinggalkan jejak..

Bila sebut bercuti nie.. nak sangat lepak2 dan jauh dr kesibukan dunia luar. Nak duk berehat bersama keluarga di satu pulau..  bukan calang2 pulau tapi pulau yg mewah sangat haha

Pulau Rawa.. anak johor kan.  Dalam johor pun belum abis pusing2.. pulau rawa nie terletak di daerah Mersing.. pulaunya kecil sahaja  laut yg cantik serta pasir pantai yg putih..

Pulau Rawa adalah permata sebuah pulau ditemui oleh hanya dengan beberapa pelancong. "Rawa" adalah istilah tempatan di Malaysia untuk merpati putih, yang banyak terdapat di pulau itu. Oleh itu, dengan nama yang indah, ia adalah satu tempat pelancongan yang popular di Malaysia. Ramai pelawat tempatan dan pelawat antarabangsa terutamanya pelancong dari Singapura yang datang untuk menikmati pantai pasir putih yang agak bersih, jelas dan tidak tercemar. So haruslah anak johor bercuti di pulau ini gak..

Nak bercuti dengan siapa ke sini? Semestinya bersama suami dan anak2. Dapat luangkan masa bersama 3hari 2 malam tanpa tv tanpa phone pastinya nikmat bersama paling syokkkkk (sanggup ke tanpa internet selama itu hahaha)

Anak2 mesti suka.. ibu nikmati pemandangan laut yang cantik.. bersama anak dara main pasir yg memutih.. papa dan hero 2 org main gelongsor yg terus turun ke laut pehhh

Dah riki2 pakej percutian ke sana...memang agak mewah.. nak dpt nikmat percutian mewah ini haruslah menabung.  Baru berbaloi..

Kami plan amik pakej 3h2m (beach view)

org dewasa = rm 1999 x 2
Bilik 1 double bed + 1single bed
Kanak2 = rm458 x 3
Total untuk percutian di sana sahaja tidak termasuk lain2 kos rm5372.. woww

Dikira2 komitmen masa semua.. nak pergi time weekdays.. anak2 dah sekolah plak.. kena gak pergi time cuti sekolah.. kiter plan cuti sekolah jun 2018

Menabung sebulan rm250 untuk percutian mewah ini.. inshaAllah..

Percutian idaman korg..? Luar negara ke dalam negara?

#tsunamishaklee
#percutianidaman

No comments: