Tips Jemput Rezeki Melalui Sedekah

Jemput rezeki melalui sedekah.

“Setiap persendian manusia diwajibkan untuk bersedakah setiap harinya mulai matahari terbit. Memisahkan (menyelesaikan perkara) antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah. Menolong seseorang naik ke atas kendaraannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kendaraannya adalah sedekah. Berkata yang baik juga termasuk sedekah. Begitu pula setiap langkah berjalan untuk menunaikan shalat adalah sedekah. Serta menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah shadaqah ”. [HR. Bukhari dan Muslim]

Bukan semua sedekah atau hadiah perlu keluar duit. Ni saya share yang mudah.

1. Solat sunat dhuha 4-12 rakaat.
Rakaat yang terakhir amalkan baca ya wahhab 41x dalam hati dan doa apa yg dihajatkan.
2. Hadiahkan ( jika masih hidup) atau sedekah ( jika dah meninggal dunia) bacaan Yassin setiap pagi atau bila2 senang untuk mak ayah.
3. Sedekahkan Al Fatihah atau yassin pada ahli keluarga yg telah meninggal dunia sekali sehari.
4. Doa yg baik2 utk orang lain adalah hadiah tersembunyi.
5. Bagi kucing makan.
6. Baca Al Fatihah bila lalu kat kubur.
7. Bersihkan masjid dan kuburan.

Banyak lagi...tapi buat dulu mana yang mampu dan yang utama ISTIQAMAH.

Rezeki tak pernah lambat dan tak pernah sesat.

Kredit : Master Norita

1 comment:

Myra Jay said...

Terima kasih atas perkongsian.. insyaAllah sama2 amalkan mudah2an kita semua dimurahkan rezeki.