Vitamin Untuk Pastikan Anak-anak Sentiasa Sihat

Alhamdulillah.. lega dan senang hati sebab anak2 kami memang suka sangat 3 vitamin nie.. takyah nak paksa2 makan.. memang hari2 diorang minta..

Senang hati sebabnya, saya dah pasangkan 'perisai' kat dalam badan diorang nie.. mereka sihat, saya nak mereka lebih2 lagi sihat.  Saya berikan 3 vitamin nie untuk bantu tingkatkan lagi antibodi badan masing2..

Sekolah dah nak mula nie kan.. barang2 sekolah semua dah siap dah.. diorang tak sabar nak g sekolah tapi dalam masa sama, saya plak risau.. yealah.. persekitaran sekolah tue macamaner? Kawan2 sekolah dia nanti macamaner? Lagi2 ziqri.. dulu masa di tadika, saya kenal semua teacher dia. Kenal lama.. so kepercayaan 100%.. takde nak risau apa.. tapi minggu depan ziqri sekolah kebangsaan dah. Lain suasananya.. inshaAllah #doayangbaikbaik untuk anak2 kita kan..

Dengan izin Allah, sejak amalkan 3 vitamin nie mereka jarang sangat demam ke selsema ke.. saya pun tak ingat bila mereka last demam.. ubat2 pun lama diberi.. qisya tue pun seingat saya mmg langsung xpernah merasa ubat demam ke selsema ke..

3 vitamin nie ikhtiar kami untuk pastikan anak2 sentiasa sihat dan bonusnya mereka bijak sangat.  😉 bila anak sihat xdelah adegan2 'ganas' sessi memberi ubat.  Anak2 nie kan memang payah bila diberikan ubat.. tapi saya yakin dan pasti anak2 anda sukakan vitamin nie..

#tsunamishaklee
#liveamazing
#9gemilang

Kaki Cramp @ simpul biawak Ketika Hamil Atasi Dengan Ostematrix Shaklee


Ada yang panggil simpul biawak, simpul mengkarung, cramp dan pelbagai lagi istilah.. benda nie igauan ngeri gak klau kena pada ibu2 yg sedang hamil.. tak terkecuali saya pun

Masa peknen anak pertama dulu.. langsung takde ambil sebarang supplemen lain selain dr vitamin yg diberi oleh klinik kesihatan.  Masa nie memang kerap sangat kena.. hampir setiap malam.. menjerit2 la mtk hasben picit2 kaki.. tak tau gaya maner nak hilangkan..

Peknen anak kedua.. kenal shaklee dah tapi xde kesedaran utk konsisten makan.. makan supplemen main2.. so tetap gak kena simpul biawak tiap malam.. dengan badan letih lesunya

Peknen anak ketiga.. alhamdulillah.. tersedar dah.. makan shaklee dengan konsisten. Kena serang gak dengan simpul biawak tapi jarang2..

Peknen anak keempat.. mmg kesedaran tinggi.. konsisten sungguh ambil vitamin Shaklee.. dan paling konsisten adalah ostematrix.. sebab saya nak tgk keberkesanannya, saya kira kekerapan simpul biawak menyerang.. alhamdulillah.. 9 bulan peknen 3x kena simpul biawak. Itupun dlm keadaan saya sedar bukan ketika tidur.. dan dalam jangka masa yg sekejap sgt. Tidak terlalu sakit. 

Dari dulu.. Ostematrix nie mmg saya canang beriya utk mereka yg sedang hamil konsisten btul2 ostematrix..

Ostematrix nie kalsium yang lengkap dengan vitamin D juga magnesium.

Lebih Berbaloi dan Untung Menjadi Ahli Shaklee

Alhamdulillah.. setiap bulan ada penambahan ahli baru dalam group Shaklee saya.. setiap kali ada customer baru, saya akan pastikan untuk ajak customer menjadi ahli..

Kenapa?

✔ Paling utama, bila jadi ahli, customer lebih untung sebab harga ahli lebih rendah.  Untuk rasa kesan yang optimum, perlu amik vitamin secara konsisten. Makanya, bila nak konsisten, nak lebih untung dalam setiap pembelian, jadi ahli la paling berbaloi

✔ bila jadi ahli di bawah group satu2 pengedar itu, lebih mudah untuk anda terus dapatkan konsultasi yang berterusan..

✔ peluang untuk jana pendapatan. Ehh bukan wajib. Jadi ahli tak semestinya kena menjual.  Tak.. bukan mcm tue.. tak menjual pun takpe.. jadi ahli untuk makan sendiri pun boleh. Takde minimum pembelian pun. Kecuali jika anda mahukan bonus bulanan, perlu untuk anda dapatkan pembelian minimum..

Ini customer @ ahli shaklee terkini dalam group saya.. mahu belikan vivix untuk emak beliau. Pagi deal petang dah dapat vivixnya. Alhamdulillah.. Allah datangkan kepada saya customer yang mudah berurusan. Masa saya hantarkan vivix ke rumah beliau, sempat saya melihat keadaan mak beliau dan berbual2 sekejap.. dapatlah saya tanya dari maner beliau dapat contact no saya.. BLOG!! 😃 katanya beliau google dan sampai ke blog saya.. alhamdulillah.. beliau nak cari pengedar Shaklee yg dekat supaya mudah utk mendapatkan stok.. boleh jumpa secara direct..

#tsunamishaklee
#liveamazing
#9gemilang

Makan Vitamin Banyak Boleh Sebabkan Buah Pinggang Rosak?

Ramai yang takut untuk makan vitamin kerana risau ia akan merosakkan buah pinggang. Ayat ini yang menjadikan pengamal tidak konsisten bila consume vitamin.. dengan alasan " makan sekali sekali pun dah ok sebab kalau makan selalu nanti rosak kidney

Vitamin boleh memberi kesan yang buruk dalam badan apabila

Ubat Dan Vitamin Adalah Berbeza

✔ Perbezaan Pertama

SUPPLEMENT : Bahan berkhasiat semuanya semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, badan kita akan lemah akibat kelemahan organ berfungsi dengan baik.

UBAT : sama sekali ganjil dengan tubuh badan. tidak menjadi sebahagian dari tisu2 kita. Tidak juga menyumbang bahan2 berkhasiat.

✔ Perbezaan Kedua

SUPPLEMENT: Membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

UBAT: ianya adalah ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi2 sekaligus mengganggu tindakan bahan biokimia dan proses2 enzim.

✔ Perbezaan Ketiga

SUPPLEMENT: Tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya terganggu sementara. Oleh kerana badan membina sistem2 enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

UBAT: boleh menyebabkan kesan sampingan , kebanyakan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan gangguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, gannguan penglihatan, gangguan mental, bintik2 merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman dan akhirnya kematian.

✔ Perbezaan Keempat

SUPPLEMENT : bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain , ianya ibarat rantai. Kesemuanya bergabung menghasilkan kesan yang lebih baik.

UBAT: bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh terganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan2 sampingan.

Dalam landmark study Shaklee ada menunjukkan taraf kesihatan mereka yang mengambil vitamin shaklee menjadi lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambilnya..

Perlu diingat bahawa vitamin dan mineral tidak boleh menggantikan makanan. Ia hanyalah makan tambahan yang tidak sepatutnya diambil sebagai satu-satunya sumber zat makanan yang diperlukan oleh badan kita.

Dan, sebab itu juga kita WAJIB mengelakkan makan vitamin sintetik kerana ia datang dari bahan kimia yang telah 'disatukan'. Beralihlah kepada vitamin semulajadi yang lebih mudah diserap oleh tubuh kita.. ;)

#tsunamishaklee
#liveamazing
#9gemilang

Anda Perlu Ambil Vitamin Shaklee Sekarang

Dulu...
Padi ditanam 2x setahun
Sekarang..
Padi ditanam 4x setahun
Kemajuan teknologi sekarang..
semua nak yang pantas dan segera

Dulu..
Padi punya masa yang panjang..cukup masa untuk 'matang' dengan sendirinya..dapat nutrisi yang cukup secara semulajadi. Baik untuk kita semua juga
Sekarang..
Dengan adanya teknologi, ia 'dimatangkan' dengan segera..belum cukup lagi padi mengembalikan nutrisi pada tanah, ia sudah dituai semula. Padi yang terhasil juga kekurangan nutrisi yang baik utk kita perolehi dari nasi.

Macam tue gak kisahnya dengan sayur2 serta buah2an.. nutrisi dah mula berkurangan masa peringkat pemprosesan lagi.. ditambah pula bila tiba kat kita, kita masak lagi.. apa jek khasiat sayur dan buah tue yg kita dapat

Dulu..
Kita boleh dapat nutrisi @ vitamin dr apa yang kita makan.. sebab tue orang dulu2, tak makan vitamin pun boleh jek.. ada orang kata la..

Sekarang..
Makan juga buah dan sayur-sayuran.. tapi sebab dicucuknya la.. disembur racun serangganya la.. bahan2 kimia yg ada, perlu untuk kita ambil vitamin bagi menambah baik kesihatan kita..

Vitamin yang di ambil juga perlu di ambil kira.. apa maknanya jika ambil vitamin tapi dari sumber sintetik.. pilih la vitamin semulajadi (Shaklee 😉) dan dapatkan produk organik..

Nak tanya nie, patut pilih ayam kampung ke ayam bandar erk? 🤔

#liveamazing
#tsunamishaklee
#9gemilang

Cergas Berpantang Dengan Vivix Extra Dapat Kulit Cantik

Vitamin Kegemaran Yang Buat Saya Rasa Shaklee nie BEST sangat - banyakkkkkkk.. semua pun best.. semua pun saya suka.. so memang payah kalau ditanya apa paling feberet..

Seperti yang saya banyak kali kongsikan sebelum nie, set menyusu Shaklee la yang mula2 buat saya jatuh cinta dengan semua produk Shaklee.. dalam set menyusu shaklee ada bcomplex, vitamin c, vitalea, esp, alfalfa dan ostematrix..  6 produk dalam set menyusu shaklee ie membantu melancarkan lagi proses penyusuan saya bersama anak2..

Semua2 vitamin dalam bakul vitamin tue saya suka.. saya dan suami amalkan setiap hari.. tapi sekarang terpaling paling suka adalah vivix.. sebab masa berpantang 2 bulan lepas, saya berpantang dengan cik Vivix nie..

Alhamdulillah.. rasa beza sangat.. paling 'TAKBEST' sebab vivix buat saya lupa diri.. 😂😂😂 lupa diri yang diri tue tengah berpantang.. lupa diri tue baru jek lepas bersalinkan sorang baby.. macam2 lagi la lupa sampai semua benda nak buat sendiri.. cergas dan badan selesa.. kesan paling ketara berpantang dengan vivix nie..

🍇🍇🍇🍇 Kenapa dengan Vivix nie?? 🍇🍇🍇🍇

Tubuh kita terdiri dari sel yang membentuk tisu kemudian membentuk organ dan otot. Vivix mampu untuk membaiki, memberi tenaga, mempertahankan dan meningkatkan prestasi sel manusia kerana Vivix sahaja yang boleh mencapai hingga ketahap DNA sel anda. Tue yang sokmo bertenaga jek..

Vivix juga adalah supplemen terulung yang telah di uji berkali-kali dan mendapat banyak pengiktirafan. Berbillion dollar sudah dilaburkan untuk kajian dan juga penciptaan Vivix. Hanya Vivix Shaklee sahaja yang dibuat khas mengandungi gabungan Resveratrol dan Polyphyenol dari phytonutrient yang telah dipatenkan. Tiada jenama supplemen lain yang setanding dan lebih baik dari Vivix dan mempunyai gabungan keduanya.

Vivix dicipta dari 4 sumber tumbuhan yang hebat iaitu Muscadine Grapes, Purple Carrot, European Elderberry dan Polyganum Cuspidatum. Jadi, tiada kesangsian terhadap penggunaan sumber haiwan terhadap Vivix. Dan sudah pasti HALAL

Banyak manfaat  vivix nie sbb tue ramai yg gemarkannya.. selain mudah di ambil iaitu satu sudu sahaja setiap hari.. susah nak percaya satu sudu boleh beri pelbagai manfaat tapi silalah PERCAYA..

#tsunamishaklee
#liveamazing
#9gemilang

Vitamin Shaklee Bukan Ubat. Kenapa Customer Ini Suka Shaklee

Saya suka akk nie @ customer Shaklee saya.. 😃

Akk nie antara yang rajin makan vitamin.. dan bila saya follow up, mesti kami sembang2.. bukan sembang2 kosong tau tapi berisi.. sama2 belajar.. dan alhamdulillah mudah deal ngan akk nie..

Permulaan order tue, cust order garlic.. saya xdpt hantarkan awal. Tapi cust mtk tolong cod kan segera. Hasben usahakan hantar pada ari yg sama.  Kesian plak jika lambat. Rupanya cust ada bisul.  Mestilah sakitkan. Alhamdulillah bila ambil garlic, bisul surut dan baik. 

Garlic antara vitamin yang bantu meningkatkan imuniti / ketahanan badan.. baik juga untuk masalah keputihan, darah tinggi, jerawat teruk dan kesan baik amal garlic nie kulit jadi cantik tau..

Vitamin salah satu ikhtiar yg boleh kita cuba selain dr pengambilan ubat.. tapi cara ubat dan vitamin 'bekerja'  adalah berbeza.. ada masa, kita boleh buat pilihan utk ambil vitamin sahaja.. tapi ada masanya, perlu gak ambil ubat yg doctor beri dan ditambah (pilihan) dengan vitamin..   doctor yang tentukan samada ubat itu perlu atau tidak untuk anda yea. Jangan suka2 tinggalkan ubat yg doctor minta anda amik. Doctor pastinya lebih arif dengan keadaan sakit anda. 

#tsunamishaklee
#liveamazing
#9gemilang

Vitamin Untuk Kanak-kanak Yang Mereka Pasti Suka

Bila citer tentang vitamin utk kanak2, alhamdulillah anak2 kami mudah dan senang jek bila dibagi vitamin.. xde masalah nak telan ke apa, memang diorg sendiri yang request.. 😅 hari2 minta..

Antara vitamin kegemaran mereka ;

🍭 Omega guard - mengandungi 1000mg asid lemak omega 3, Dha dan Epa untuk kesihatan minda dan sistem imunisasi.. kalau selsema ke batuk ke alhamdulillah cepat jek kering atau hilang

🍭 Chewable Vitamin C - vitamin antioksidan yang membantu menguatkan sistem imunisasi dengan rasa sitrus (masam) yang sedap

🍭Nutriferon - menguatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi dalam badan.. antara kandungannya adalah biji labu.. serbuk emas yang rasanya manis2 buah..

3 nie paling feberet.. tak yah dihulur pun sendiri minta. Sehari 2 3 kali duk minta..  2 lagi vitamin iaitu chewable vitalea dan meal shake amik gak tapi diorang tak minta. Kena kita yg beri..

Nampak tak 3 vitamin feberet tue, ketiga2nya berfungsi menambah @ membantu menguatkan sistem imun.. klaulah boleh dilihat dengan mata kasar nie, banyak 'askar' dalam badan diorg tue agaknya.. hihi pertahanan kuat.. memang mengharapkan moga anak2 kami nie sihat dengan izin Allah.. begitu juga dengan anak2 anda yea..

#tsunamishaklee
#liveamazing
#9gemilang

Akibat Mengamalkan Vitamin Shaklee Alami Perubahan Wajah Yang Ketara

Makan Shaklee sebab lain, tapi kesan lain pulak dapat..

Kenal Shaklee dah lama.. dari zaman anak dara lagi.. ada orang datang opis jual vitamin.. masa tue amik mcm2 vitamin.. tapi sebab masa tue naif lagi. Tak nampak tujuan makan vitamin, makan pun main2 last buang.. aishh kalau diingat2 rasa rugi amat.  Kalau dari dulu tue konsisten makan, tentu lagi superb..

Bertemu semula Shaklee tahun 2010.. cari vitamin untuk orang menyusu anak.. masa tue anak baru satu.. mestilah nak cari yg terbaik utk anak.. ambil set menyusu Shaklee.. alhamdulillah, bekalan susu badan utk anak mencukupi.. dan ambil vitamin bukan semata nak tambah susu tapi untuk melengkapkan nutrisi diri sendiri yg secara tak langsung anak yg kita susukan tue pun dapat sama..

Kesan dalaman tue susah nak tunjuklah kan. Tapi hanya boleh cerita.. sejak amalkan Shaklee alhamdulillah badan rasa selesa. Sesekali penat tue mesti ada.. lagi kalau lepas balik dr bercuti ke.. sakit2 badan. Bila sakit tue sekejap jek la..tak terasa sgt..

Kalau nak lihat secara luaran plak boleh tgk gambar bawah nie. Sebelum nie pun saya ada kongsikan perbezaan ketika saya anak dara (tak amik vitamin) dan ketika beranak 3 (amik vitamin)

Kali nie saya kongsikan gambar lain yg terkini.. 2008 tue gambar anak dara.. tak lama nak berkahwin.. tak makan vitamin.. muka berminyak.. dan bermake up masa tue.. make up dalam erti kata pakai lipstik, foundation n bedak.. konon lawa dah tue.. bila berpeluh jek bercapuk2 muka tue. 😂😂

2011 beberapa bulan amik vitamin Shaklee.. masih lagi bermakeup tapi kurang la berminyak muka tue.. xketara sgt la time nie sbb baru lagi consume vitamin Shaklee..

2016 sekarang.. alhamdulillah masih lagi makan vitamin Shaklee.. gambar terbaru bulan lepas tanpa make up.. sekarang memamg ke maner2 tanpa make up.. hanya sapukan sedikit ultimate protection whitening lotion sebelum keluar.. untuk lindung kulit dari kerosakan cahaya matahari dan melembapkan. Senang.. tepek2 sikit jek pastu dah boleh sarung tudung then jalan..

Sesekali tetap ada gak musim jerawat naik.. hormon kan. Lagi2 time awal2 peknen mesti jerawat naik.. lps tue berbekas.. so amik vitamin gak la utk control jerawat dr byk kuar n hilangkan parut tue.. skang pun masih ada lagi sikit bekas parut jerawat kuar awal2 tahun ari tue.. la nie dah makin pudar.

Alhamdulillah.. banyak kesan lain bila bersama2 Shaklee sehingga sekarang.. merubah gaya hidup kami sekeluarga menjadi lebih baik.. semuanya atas izin Allah..

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#9gemilang

Peluang Untuk Mereka Yang Ingin Berbisnes Bersama Shaklee

Tawaran yang perlu DIREBUT!!

Ehh bukan sebagai pemetik buah tetapi sebagai mentee saya dalam bisnes Shaklee

✔ Di luar sana, ramai yang ingin tambah baik taraf kesihatan masing2 dengan gaya hidup yang sihat

✔ Diluar sana, masih ramai lagi yang perlukan info tentang produk kesihatan terbaik Shaklee

✔ Di luar sana, ramai lagi yang perlu memilih Shaklee sebagai produk kesihatan pilihan

✔ Diluar sana, ramai lagi yang punya impian yang inshaAllah ianya boleh dicapai apabila memilih Shaklee sebagai bisness

✔ Di luar sana, ramai lagi yang mahukan wang tambahan/ side income...

Makanya, saya mencari anda2 yang MAHU bersama2 saya untuk sebarkan kebaikan Shaklee.. bukan sahaja produknya, malah peluang yang ditawarkan juga, saya mahu anda rebut..

3C yang Shaklee sediakan, alhamdulillah Allah izinkan saya nikmatinya.. Cash, Car Bonus juga Convention.. mencabar dan indah bila peroleh hasilnya.. sebab tue saya mencari orang yang betul2 mahu rebut peluang nie.. peluang yang saya yakin anda semua boleh.

Saya Mentor Shaklee Anda ;

✔ Shaklee Business leader (Key Coordinator)
✔ Shaklee Star Award Achiever, Global Conference (LA, California)
✔ Shaklee Star Award Achiever (National)
✔ Shaklee International Trip Qualifier
✔ Car Bonus Earner
✔ Bekas kakitangan Kerajaan yang sekarang bergelar WAHM (work at home mom)
✔ Founder Green Nutrien Team yang punya beberapa orang leader yang berjaya dengan Shaklee (income 3 & 4 angka)
✔ 6 tahun pengalaman berbisnes secara online

Anda mahu.. ?
Buang rasa segan.. buang rasa malas.. keluar dari zon selesa anda sekarang..
Mulakannya sekarang bukan ketika anda beradi di zon kritikal..
Lebih untung untuk anda mendapatkan sesuatu yang lebih selesa dari yang anda ada sekarang..

#tsunamishaklee
#liveamazing
#9gemilang

Kenangan Main Banjir Masa Bergelar Budak-budak

>> Musim Hujan <<

Alhamdulillah.. cerah ari nie di Jb.  Harap dapat keringkan kain jemuran.. semalam ada matahari tapi tak berapa panas, xdapat garingkan jemuran pun 😁.. mcmaner tempat korg? Tadi dengar berita belah2 pantai timur ada kawasan yg banjir dah . Hati2 yea korg..

Ingat lagi.. dulu.. kalau hujan lama sikit jek, mulalah air depan umah nenek naik.. banjir katanya.. seronok.. peluang untuk main air..

Walhal, bukanlah banjir beriya sgt pun.. 'banjir' airnya paras2 buku lali jek.. 😅😅 tapi dia punya seronok tue dah macam dapat main air dalam kolam..

Budak2 time tue kan, mana ada nak pk keselamatan ke kebersihan ke. Yg penting seronok dapat main banjir.. bila diingat2 skang, tak sanggup hahaha ingat maner datang air banjir tue.. ingat ttg air parit yg melimpah. Dengan baunya lagi hahaha

Sekarang.. anak2 kita.. anak2 saya.. jangan kata main banjir, main hujan pun tak pernah rasanya.. kiter sebagai ibubapa (sayalah tue) terlalu berjaga2.. memang xde peluang nak merasa main banjir.  Tengok banjir jek la pernah..

Musim2 hujan xmenentu nie, tingkatkanlah imun sistem anak kita.. omega, chewable vitamin c, nutriferon antara vitamin yang dpt membantu memberikab lebih perlindungan kpd anak2 kita.. 😄

#tsunamishaklee
#liveamazing
#9gemilang