31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 5

Task kelima untuk 

31 Days Challenge by JDT Blogger

6 perkataan menggambarkan diri
🤔🤔🤔🤔🤔


1) Peramah ;
Iyeaaa. Silalah percaya.. walau org kata muka mcm sombong jek.. tapi sebenarnya akak peramah tau.. awal2 memang nampak sombong tapi bila dah lama, mesti boleh layan punya.. 😃

2) Ibu kepada 4 anak;
Iyea.. silalah percaya jugak.. dikala umur 32 tahun, Allah dah beri nikmat pada akak 4 orang cahaya mata.. gambar di atas tue, akak dengan anak sulong dan yang bongsu.. inshaAllah bongsu 😅😅

3) Wahm ;
Asalnya, akak kerani kat jabatan gomen.. sekarang sepenuh masa wahm.. ibu yang bekerja dari rumah.. buat bisnes online.. nak beli Shaklee, cari akak yea 😀

4) Sempoi jek ;
Haah.. jenis yang asbol @ asal boleh jek.. haha
Contoh, nak kuar umah, asal sarung tudung n stokin, ok dah boleh jalan. Ehh opcos la pakai baju yang menutup aurat.. tapi tudung kaler merah baju kaler purple seluar kaler coklat, akak tetap ok 😅😅

5) Lembut hati ;
Dari segala segi la.. sejenis hati tisu.. ada masa tak boleh ditegur dan jangan ditegur.. hahaha nanti akak nangis. Tengok anak wat persembahan hujung tahun pun meleleh-leleh air mata akak.

6) Kendong Anak ;
Yea.. akak ngan hasben suka kendong anak.. takdelah terlalu obses, tapi suka..  
Dua hari nie viral dah video hasben akak sedang 'wrap' anak.. nak layan? Cer klik link bawah nie.. dah worldwide tau..


Video Viral Worldwide Papa Kendong Anak Guna Wrap



Korang nak join sama

31 Days Challenge by JDT Blogger?

Boleh refer entry Blog Wawa Ashiharaa 

No comments: