Hotel Thistle Port Dickson Terbaik Dan Selesa
Alhamdulillah
Weekend lepas (9 Mac - 11 Mac), hasben bawa saya dan anak pergi bercuti di Port Dickson.. kami ada program ASB Gateway pada 11 Mac. Ambil peluang datang awal sebab nak jalan-jalan di Port Dickson
Hasben pilih untuk kami menginap di Hotel Thistle..
Cantik!
Puas hati sangat!
Kawasan sekitar hotel serta kemudahan yg disediakan memang sangat selesa
Bab makan, tak dapat nak review sebab kali nie kami tak ambil pakej sarapan.. nak jalan-jalan cari makan sendiri..
Meh tengok gambar-gambar yang sempat saya tangkap
Part Kolam Renang Best Sangat
Besar. Siap ada jakuzi tepi tue..
Anak-anak seronok main kolam yang ini
Cetek jek airnya. Kolam bahagian atas
Pilih nak terjun kat kolam mana 😁
Dari arah padang.. tandasnya bersih dan wangi
Ada kandang arnab.. 5 ekor
Besar dan bersih.. hujung sana private beachnya
Taman permainan
Anak dara debab nie hanya mampu melihat sahaja.. sabar yea dik... tunggu besar sikit boleh sama-sama terjun
Lepas puas main kat kolam, jalan-jalan kat pantai pula..
Sebelum check out, sempat main lego
Part bilik lupa nak snap gambar. Tapi memang selesa sangat la..
Bersama-sama kawan-kawan iReach utk ASB Gateway Port Dickson
Comments