Alhamdulillah.. 20 sen itu rezeki saya

10 sen punya cerita..

Pagi tadi pergi ke poslaju.
Rutin biasa pos vitamin Shaklee untuk customer.
Pergi ke kaunter untuk beli sampul prepaid.
1 besar, 2 kecil
Total rm25.10 akak kaunter tue kata.

Alamak!
Dah masuk tabung plak syiling sebelum kuar umah tadi..
Tapi tetap gak terkais-kais dalam purse mencari 10sen.
Nak bagi nampak kat akak kaunter tue yang kiter takde syiling..
Hulur kat akak kaunter note RM20, RM5 x 2keping..
Akak kaunter pulang RM5.. takpe 10sen tue katanya.. Tak payah..

Alhamdulillah
Dalam hati duk kata,
"lepas pos barang nanti nak g beli makanan kat kedai depan tue, dapat 10sen bleh bagi akak kaunter".

Sampai kat kedai makan tue,
Harga makanan boleh tahan gak haha
Konon nak bayar guna RM5 tue bagi pecah untuk dapat syiling.
Tapi tak cukup plak..
Kena guna RM50 makanya amik lebih sikit makanan
Pergi kaunter nak bayar,
Total rm10.10 haha
Adik kat kaunter tue pulangkan RM40
10 sen tak payah katanya

Tak dapat gak syiling
Tak dapat gak nak bagi pada akak kaunter poslaju tue.
Malah, kiranya hari nie saya dapat 20sen dari 2 kaunter

Alhamdulillah..

No comments: