Bertuah Di Today's Baby Expo

Ekspo pertama Today's Baby Expo di Johor Bahru berlangsung dari 5 Mei hingga 7 Mei 2017 di Danga City Mall

 Biasa kami pergi semata untuk borong pampers dan beli baju sehelai dua untuk setiap sorang anak-anak kami.. lepas tue redeem hadiah dari point belian yang kami buat. 


Dan biasanya kami pergi belah pagi.. konon nak elak sesak ramai orang. Kali nie kami datang petang.. lepas-lepas siap cod vitamin Shaklee pada customer terus kami ke Danga City Mall.. makanya hadaplah kesesakan itu..

Alhamdulillah. Kali nie sangkut nama untuk lucky draw..  walau bukan hadiah utama, dapat benda free pun dah kira best sangat dah


Berpeluang untuk isi 2 form lucky draw, sangkut 1.. oklah kan.. 

Nak tau tak..?
Masa expo baby yang lepas iaitu pada Disember 2016, kami datang gak memborong pampers dan baby car seat.. dapat 5 form lucky draw tak silap.. kemudian ada sorang akak nie beri kami form lucky drawnya.. katanya sebab dia tak dapat nak tunggu.. alhamdulillah.. so peluang lucky draw kami ada lebih dari 15 form.. 

Tapi.. hahahaha 1 pun tak sangkut.. 

Nama pun rezeki kan.. kalau Allah kata takde, maka takdelah kan.. kalau Allah kata ada, 2 peluang pun dah boleh sangkut nama untuk dapat hadiah.. 

Korang suka tak pergi baby expo? 
Biasa shopping apa?
😀



No comments: