Jimat Atau Tambah Pendapatan? Pilihan Anda?

Jimat atau tambah pendapatan?

Sekarang nie.. orang duk sebut2 barang harga naik.. subsidi pun banyak yg dah takde.. kos sara hidup tinggi.. nilai duit pun teras kecik jek.. bawak rm100 ke mall, nak beli barang dapur, TAK CUKUP.. bape barang jek dapat.. nak tak nak memang perlu berjimat..



Tips jimat cermat untuk anda

1) MASAK SENDIRI

Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi keluarga yang ramai. Air tangan kita (isteri dan ibu) akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya.

(Alhamdulillah.. yang nie saya dah sedikit berjaya la. Kurang dah makan kat luar banding dulu) 😂

2) BAWA BEKAL

Jangan malu untuk membawa bekal ke mana-mana.. ke pejabat ke, malahan anak-anak juga perlu diajar membawa bekal ke sekolah. Dengan cara ini kita dapat berjimat  paling kurang RM3 sehari. Duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan dan kecemasan. 

(Kononnya nak mula tahun depan haha tapi kalau pergi berjalan jauh ke, memang akan bawak bekal. Makan ramai2 kat pondok hentian)

3) JIMATKAN GUNA AIR, ELEKTRIK DAN GAS

Tutup peralatan elektrik di ruang yang tidak digunakan. Berpada-pada menggunakan aircond begitu juga air di bilik mandi ketika mandi atau mencuci.

(Bab kat bilik air tue memang berleter jek la.. budak2 kan memang suka main air)

4) BUAT PERBANDINGAN HARGA

Untuk buat belian apa2 barang, bandingkan harga dari beberapa tempat.. cari tempat yang menawarkan harga rendah atau shopping ketika sedang ada Promosi

(Biasa pampers la yang kami akan buat perbandingan.. lain2 barang pun ada gak)

5) BUAT ANGGARAN PERIBADI

Hal ini penting bagi keluarga dan individu dan boleh menjadi cara terpantas untuk menjimatkan wang. Anda akan secara langsung dapat melihat pendapatan anda dan pengeluaran selepas anda membuat anggaran anda. Anda tidak akan dapat menjimatkan wang kecuali anda tahu berapa banyak wang yang anda miliki, dan berapa banyak wang yang anda belanjakan keluar. 

6 ) SIMPANAN

Bila dah ada lebihan hasil dari penjimatan kita tue, simpan.. penting untuk setiap orang ada simpanan wang..

Dalam kita berjimat (PERLU), lagi best juga bila kita dapat TAMBAH PENDAPATAN.. 

Tidak kiralah dengan apa cara pun, asalkan boleh menambah pendapatan/simpanan..

Saya pilih untuk buat bisnes Shaklee. - dapat duit

Saya pilih untuk kumpul barang terpakai (botol2 la biasanya) yang kami sendiri guna, kemudian jual. - dapat duit

Cara maner plak korang tambah pendapatan? 

#tsunamishaklee
#liveamazing
#9gemilang

Mahu tambah pendapatan dengan bisnes Shaklee yang mudah ini? Hubungi saya 😀

Nur Salwa Ishak
♥ Shaklee Independent Distributor 
[ ID No : 854112 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 711 1260
♥ Emel : honeywawa85@gmail.com
♥ Laman web: nursalwa.com
♥ FB Page : Kedai Vitamin Skudai

No comments: