Jalan-Jalan Tempat Menarik Di Kundasang & Sandakan, Sabah - part I

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Cuti sekolah kali ini Kak Wa sekeluarga dapat balik kampung di Sabah. Dua minggu kami di sini. Alang-alang sudah berada di Sabah ni, teruslah ambil kesempatan bawa anak jalan-jalan. Destinasi kami yang pertama adalah, Keningau. 

Hasben Kak Wa kata nak naik Banjaran Crocker. Orang ajak berjalan kita ikut jek la kan. Mencabar perjalanan tue. Kereta dikerah untuk mendaki bukit yang boleh tahan curam. Sepanjang perjalanan tue memang 'saujana mata memandang'. Memang menghadap Banjaran Crocker tue. Subhanallah. Cantik sangat. Hijau jek. Kami singgah berhenti di satu tempat tu untuk bergambar. Sejuk. Hasben Kak Wa kata nak bagi kami pegang embun. Tapi takde plak. Kami awal rupanya. Perjalanan balik tidak melalui jalan yang sama. Kami ke arah Tambunan. Hasben bawak kami naik ke viewing point iaitu di Sinurambi.



Live Kak Wa ketika berada di viewing point Tambunan - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214533857250189&id=1533475806

Dan ini pula video perjalanan turun kami dari viewing point Sinurambi yang hasben Kak Wa buat https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2024914354191173&id=100000178858710

Keluar awal pagi, ngam azan maghrib kami sampai rumah. Perjalanan balik hari jek.

Destinasi jalan-jalan kedua kami adalah ke Kundasang, Ranau. Semalam, 18 Disember kami di Kundasang. Kami gerak lebih kurang jam 9 pagi dan sampai di Kundasang pada jam 12 tengahari. Perut pun dah lapar kami pusing-pusing di pekan Ranau untuk cari tempat makan. Nak terjah jek takut tak kena dengan selera. Jadi Kak Wa carilah di internert. Ramai yang beri 'review' Restoran Sri Hasanah & Katering. Terus segera kami pergi. Alhamdulillah. Memang sedap dan harga pun berpatutan. Puas hati. Perut dah kenyang, kami pun terus gerak ke Arnab Village. Bagi makan arnab-arnab pula. Banyak sungguh arnabnya. Anak-anak pun suka.

Sebelum gerak, wefie dulu sekeping

Kawasan Arnab Village nie luas

Abg Iqi jek la berani kejar, tangkap dan peluk arnab. Memang jinak. Abg Iqi siap dapat 'hadiah' lagi dari arnab. 





Wefie. Wajib!

Harga masuk ke Arnab Village. Ada jugak servis sewa payung. Kami datang petang memang panas. Sewa la juga. Puteri lilin kan. 


Lebih kurang sejam gak kami di Arnab Village tue. Masing-masing dah penat lagi pun dah masuk asar, kami gerak semula ke Pekan Kundasang untuk cari tempat menginap. Ya! Kami takde booking apa-apa tempat lagi. Haha konon nak walk in tapi sudahnya dekat maghrib masih tak dapat tempat lagi. Semua homestay full. Cuti sekolah kan. Hajat hati memang nak stay kat sebelah atas. Kiram's Village ke Sulap Homestay ke. Semua penuh. Turun semula ke bawah alhamdulillah ada 1 bilik kosong di Kundasang Rosewood Home Cottage. Jangan contohi Kak Wa yea. Haha hasben Kak Wa orang sini so kalau takde bilik pun kami balik jek la rumah MIL Kak Wa. Haha dapat masuk bilik jumpa katil lega sangat. Lepas mandikan anak-anak dan solat, keluar semula untuk makan malam. Ada satu kedai makan tepi jalan D'gama namanya. Sedap juga la. Siap makan balik bilik dan terus golek-golek dengan anak-anak. Tidur awal masing-masing. Dan bagitau siap-siap esok nak tengok lembu.

Abg Iqi order mee goreng basah. Di Johor panggil mee sup kan macam nie

Kak Wa order mee goreng ayam. Banyak tak habis pun kami makan. 


Kak Wa sambung cerita hari kedua di Kundasang next entry ya. 

.
.
.
.
.
.

Mahu guna produk Shaklee?
Mahu tambah pendapatan dengan bisnes Shaklee yang mudah ini? 

Hubungi saya 

 Nur Salwa Ishak
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 854112 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 711 1260
♥ Emel : honeywawa85@gmail.com
♥ Laman web: nursalwa.com
♥ FB Page : Kedai Vitamin Skudai

Promosi Vivix Shaklee Sepanjang Disember 2017

Year End Sale Shaklee.

Peminat Vivix seronok sangat bila dimaklumkan yang promosi bulan ini adalah Vivix. Lama sudah Shaklee tidak buat promosi seperti ini. Demi menghargai pengguna Shaklee, Vivix dipilih sebagai produk YESS.


1) Dapatkan 7 botol Vivix dengan harga 6 botol. (JIMAT RM475)

2) Diskaun 5% apabila membuat belian 2 botol Vivix (JIMAT RM47.50)

Apa lagi yang anda akan dapat pada bulan ini apabila membuat belian Vivix ; 

😎 Keahlian Shaklee PERCUMA (JIMAT RM68.90)

😎 Penghantaran Shaklee PERCUMA (JIMAT RM10.60)

😎 Rebet CASH (RM38 @ RM410)


Kenapa beli Vivix? Vivix nie apa?

Fungsi Utama Vivix Shaklee.
======================

✔ Membantu memperbaiki DNA yang rosak setiap hari akibat radikal bebas yang menyebabkan proses penuaan.

✔ Vivix membantu melewatkan proses penuaan dan seterusnya membantu untuk awet muda

✔ Membantu memperbaiki tenaga sel. Tenaga sel akan berkurangan akibat proses penuaan dan fungsi sel-sel juga akan berkurangan. Vivix bertindak dengan membantu menguatkan sel –sel dalam tubuh badan.

✔ Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin umur meningkat, kesihatan kita juga akan berkurangan dan mulalah badan akan ‘merasa’ sakit di ‘sana’ dan di ‘sini’, daya ingatan pun berkurangan maka Vivix membantu mengembalikan keremajaan kita dan badan akan lebih sihat seperti ‘orang muda’.



Mahu guna produk Shaklee?
Mahu tambah pendapatan dengan bisnes Shaklee yang mudah ini? 

Hubungi saya 
 Nur Salwa Ishak
♥ Shaklee Independent Distributor 
[ ID No : 854112 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 711 1260
♥ Emel : honeywawa85@gmail.com
♥ Laman web: nursalwa.com


♥ FB Page : Kedai Vitamin Skudai