Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin


saya antara ibu-ibu yang menghadapi masalah ni sejak selepas bersalin haritu. haha.. memang horror! setiap kali mandi atau sikat rambut atau nak ikat rambut.. wah! segenggam rambut di tangan ok? masalahnya masa rambut tu tercabut, tak rasa apa pun kan.. seolah-olah rambut-rambut yang ada atas kepala ni bagai diletak-letak aje sebenarnya.

dari info yang saya kutip di forum SusuIbu.com, mengatakan bahawa ia disebabkan oleh perubahan hormon. dan kalau kawan-kawan perasan masa ni baby kita kuat menyembur air liur (berbuih-buih), yang mana stage ni disebut sebagai 'blowing berries'. juga, baby yang masa lahir rambutnya lebat pun tak lebat.

memang hebat perubahan hormon selepas bersalin kan? macam-macam sistem tubuh saya berubah. selain daripada itu, keguguran rambut turut disebabkan oleh kekurangan zat zinc. ini adalah normal bagi ibu yang menyusukan anak macam saya yang berkongsi segala zat dan nutrien bersama anak saya. bagi BF mommy macam saya, memerlukan 11-12 mg zinc dalam diet seharian saya. 

sumber zinc terbesar boleh didapati daripada hati dan ginjal daripada ayam/ lembu. tapi, setahu saya tak elok makan organ dalaman ni banyak-banyak kan? (kandungan kepekatan toksin yang tinggi - info daripada kak cery ) then, goes the list with daging lembu, ayam, seafood ... tapi, paling banyak pun kandungan zinc dalam hati ayam tadi cumalah 6.1mg bagi setiap 100g hidangan hati ayam tu. (boleh rujuk sini)

so, untuk mengurangkan masalah keguguran rambut ni antara inisiatif yg saya ambil ialah

  1. amalkan makan suplemen zinc complex daripada Shaklee (dan suplemen2 asasnya utk bantu penyerapan maksimum zinc)
  2. lepas mandi dan syampu rambut, biarkan rambut kering betul (separa kering is ok) baru sikat sebab akar rambut lemah masa rambut kita basah
  3. hubby suruh rajin2 pakai baby oil/ minyak zaitun kat rambut (rambut hubby lebat dan berkilat2)
  4. belum buat - nak potong rambut pendek2 mcm Halle Berry (ahaks!)

selain daripada tu, tips yg saya jumpa daripada Kak N di forum SusuIbu.com:-


1. gunakan syampoo yang mild , sebab ada sesetengah syampoo buat rambut sangat kering dan rapuh kerana terlalu banyak formula canggih yang ada dalam kandungan syampoo tersebut.

2. Biasakan menggunakan minyak rambut seperti minyak zaitun atau palaing senang minyak Johnson & Johnson setiap hari untuk pastikan rambut lembap dan tidak kering.



3. Pastikan pengambilan makanan yang seimbang yang mengandungi zat zink serta memenuhi keperluan ibu hamil dan ibu menyusu iaitu 11-12mg sehari. 

selain daripada tu, antara tips daripada ibu2 yang berjaya saya kumpul juga:-

  1. kurangkan makan kat luar untuk elakkan terconsume ajinomoto yang tidak bagus untuk kesihatan kita (pernah tak mak2 korang bagitau makan ajinomoto banyak2 jadi botak?)
  2. tambah kalsium dalam diet harian, tapi jangan dok minum full cream milk pulak - gumuks! (boleh juga cuba Ostematrix, lagipun memang bagus untuk wanita untuk kurangkan risiko osteoporosis, good for BF mommies, yang mengandung boleh lessen the cramp etc)
  3. pastikan diet harian mengandungi protein dan zat besi yang secukupnya. (sebab tu penting makan suplemen utk lengkapkan protein, iron, kalsium dan zinc dlm diet seharian kita)
notes : sebab tu dalam confinement set kami (Set Prenatal Shaklee) ada mengandungi zinc. selain daripada membantu untuk mempercepatkan menyembuhan luka, juga bagus untuk masalah rambut gugur ni. lagi satu, zinc juga membantu meningkatan daya ingatan dan fokus.



Mahu tambah pendapatan dengan bisnes Shaklee yang mudah ini?

Hubungi saya 

 Nur Salwa Ishak
♥ Shaklee Independent Distributor 
[ ID No : 854112 ]
♥ Contact No | http://nursalwa.wasap.my/
♥ Emel : honeywawa85@gmail.com
♥ Laman web: nursalwa.com

No comments: