SIAPA SAYA

TENTANG SAYA 


Selamat datang ke Nursalwa.Com

Seperti nama blog ini, pemilik blog ini juga iaitu saya bernama Nur Salwa Bt Ishak.. Saya isteri kepada Mohammad Fauzie bin Aris dan ibu kepada empat orang anak iaitu dua hero ; Muhammad Ziqri, Muhammad Muqri.. Dua puteri iaitu Nur Qisya juga Nur Qayla.. 


Saya merupakan bekas seorang kakitangan awam di sebuah jabatan kerajaan. Alhamdulillah, masuk tahun ketiga saya membuat bisnes Shaklee secara fulltime dan secara tak langsung bergelar WAHM.. Bermula sebagai seorang pengguna set penyusuan Shaklee kemudian terjebak untuk membuat perkongsian tentang hakikat sebenar kebaikan vitamin Shaklee dengan orang sekeliling. 

Alhamdulillah pilihan saya untuk memilih Shaklee bagi membantu mendapatkan kesihatan yang baik adalah pilihan yang tepat. Memilih untuk mencari vitamin bukan sebab untuk susu banyak, tetapi lebih kepada untuk kesihatan saya dan juga anak yang sedang saya susukan iaitu Muhammad Ziqri. Perjalanan penyusuan yang sangat indah.. Alhamdulillah dapat menyusukan Muhammad Ziqri sehingga umur dua tahun lebih.

Pengambilan diteruskan dengan set kehamilan Shaklee pula ketika sayang mengandungkan anak kedua iaitu Muhammad Muqri. Hamil kali kedua nie, saya tidak mengalami morning sickness yang teruk berbanding anak pertama dulu.. alhamdulillah badan rasa segar dan bertenaga sehingga penghujung bulan kehamilan.. proses bersalin juga lancar dan tumbesaran Muhammad Muqri juga cepat.. Begitu juga ketika mengandungkan anak ketiga dan keempat.. 

Terlalu banyak #shakleeEffect yang saya rasa sepanjang bersama Shaklee. Alhamdulillah dari segi kesihatan, bukan saya sahaja merasakannya malah seluruh ahli keluarga pun saya dah shaklee kan.. dari suami, anak, abah, emak, makcik, pakcik, sepupu semualah.. seronok.. Alhamdulillah kewangan juga.. Bukan kemewahan tetapi "senang" itu yang saya bersyukur sangat.. Perumpamaannya begini, jika dulu, untuk membeli sekilo udang, harus berkira-kira.. tetapi sekarang alhamdulillah untuk membeli sekilo malah lebih udang kemudian diberikan kepada keluarga pun insyaAllah boleh.. Syukur atas rezki yang Engkau berikan Ya Allah..

#shakleeEffect yang boleh kata fresh adalah percutian ke luar negara yang dinikmati oleh suami dan juga anak pertama kami ke US bertaraf enam bintang.. Segala-galanya ditanggung oleh pihak Shaklee sepenuhnya.. Hanya bawa duit belanja sahaja. Sesuatu yang tidak kami jangkakan. Nantikan cerita percutian percuma ini dari suami saya di blog beliau sendiri www.mdfuzy.com .. 

Bukan wang ringgit yang Shaklee janjikan. Tetapi saya pasti, Shaklee menjanjikan kesihatan yang baik untuk anda dengan izin Allah SWT. Bagi mereka yang berminat untuk menjadikan bisness Shaklee sebagai sumber pendapat, insyaAllah boleh. Anda kenal produk, anda cinta produk, anda pasti boleh untuk bersama-sama Shaklee mengejar impian.. Moga impian saya untuk lebih ramai WAHM yang bergelar jutawan muslimah dalam organisasi GNT saya tercapai insyaAllah

Paling saya suka tentang kumpulan besar Shaklee saya adalah ukhwah yang sangat rapat di antara kami selain nilai-nilai kerohanian yang sangat dititikberatkan oleh semua upline.. Terlalu Mahal..


Untuk mengenali saya dengan lebih dekat, boleh Add Friend saya di Facebook (NUR SALWA ISHAK) dan Instagram (ibugojes_anakempat) .. 



Nur Salwa Ishak

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 854112 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 711 1260
♥ Emel : honeywawa85@gmail.com
♥ Laman web: nursalwa.com
 FB Page : Kedai Vitamin Skudai, Johor Bahru

No comments: